Yayasan PERMATA yang ditubuhkan oleh Datin Seri Rosmah Mansur, kini semakin banyak mendapat perhatian dan kritikan semenjak kekalahan Barisan Nasional dalam PRU yang lalu.

Seperti yang kita sedari, terdapat banyak perubahan sedang dilakukan oleh Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir dalam sistem pentadbiran di negara ini.

Justeru, Rosmah meminta supaya Yayasan PERMATA Malaysia dikekalkan meskipun kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Permintaan Rosmah itu dipersetujui oleh Tun Mahathir, tetapi ianya tidak lagi diletakkan di bawah perdana menteri dan sebaliknya dipindahkan di bawah Kementerian Pendidikan.

permata

“Program PERMATA akan dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan,” ujar Tun Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya.

BACA JUGA :   'JAMBATAN BENGKOK' IMPIAN TUN DR. MAHATHIR AKAN TERCAPAI?

Program Yayasan PERMATA Malaysia yang ditubuhkan oleh Datin Seri Rosmah Mansur pada tahun 2006. Program ini adalah berasaskan pembangunan pendidikan kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat, dan telah menubuhkan beberapa program khusus iaitu PERMATA Pintar, Seni dan Insan.

permata

Di samping itu, PERMATA juga telah melaksanakan satu program khas untuk remaja iaitu PERKASA Remaja. Pelaksanaan kesemua program tersebut dibiayai oleh kerajaan agar program-program yang dilaksanakan lebih berpotensi dan lebih efektif.

Satu program yang diketuai oleh isteri bekas Perdana Menteri itu mendapat kecaman ketika mengetuai delegasi PERMATA ke Oxford pada bulan Mei tahun lalu. Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa program itu bukanlah satu percutian semata-mata.

BACA JUGA :   Chef Wan Mahu Tampar Najib. Ada Berani Ke?

Keputusan Tun Mahathir mengekalkan yayasan itu bukanlah semata-mata disebabkan oleh Rosmah, tetapi sebaliknya Tun M sejak dahulu lagi sangat perihatin terhadap pendidikan anak-anak muda di seluruh Malaysia yang akan meneruskan perjuangan negara kita.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here