peguam negara

Proses lantikan Peguam Negara baru-baru ini mencetuskan pelbagai kontroversi setelah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V membantah cadangan nama-nama calon yang diberikan oleh Perdana Menteri, antaranya Tommy Thomas.

Bukan itu sahaja, malah pihak Istana turut meminta Pakatan Harapan supaya menggugurkan Tommy Thomas dan beberapa hakim lain daripada senarai calon.

Peguam Negara
Sultan Muhammad V

 

Antara sebab utama Sultan Muhammad V menolak cadangan nama-nama tersebut adalah kerana mereka bukan berbangsa Melayu dan juga bukan beragama Islam.

Keputusan Yang di-Pertuan Agong itu ternyata turut dipersetujui dan mendapat sokongan daripada Raja-Raja Melayu, seperti yang dilaporkan oleh portal The Malaysian Insight.

Isu pemilihan dan perselisihan faham ini timbul apabila Perdana Menteri menulis kepada Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan Tommy yang dikatakan sebagai pakar perlembagaan, kira-kira 10 hari lalu.

BACA JUGA :   Tak Mampu Bayar Ikat Jamin, Najib Terpaksa Pajak Rumah Sebagai Jaminan
Peguam Negara
Calon AG, Tommy Thomas

 

Namun sehingga kini surat tersebut tidak mendapat sebarang perkenan Seri Paduka Baginda.

Satu lagi faktor yang mungkin menjurus kepada bantahan itu adalah sejarah Tommy Thomas yang pernah menjadi peguam kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng.

Hakikat bahawa Tommy pernah bekerjasama dengan Chin Peng pastinya membuatkan ramai pihak ragu-ragu dengan kredibiliti beliau sekiranya dilantik menjadi Peguam Negara.

Desas-desus mengatakan Tun Mahathir mahu Tommy menjadi Peguam Negara kerana beliau merupakan seorang peguam yang sangat berpengalaman dan hebat. Justeru, kehandalan beliau akan sangat membantu dalam mengheret Najib Razak ke muka pengadilan berhubung skandal 1MDB.

Najib sebelum ini ‘dibersihkan’ dari segala pertuduhan berkaitan salah laku 1MDB oleh Apandi Ali, iaitu Peguam Negara yang dilantiknya sendiri.

BACA JUGA :   Tun M Akui Najib Razak Bakal Dipenjara Untuk ‘Tempoh Yang Lama’
Barangan Kemas
Najib Razak didakwa menyalahgunakan wang RM2.6 billion berhubung skandal 1MDB.

 

Dengan penolakan Tommy, Pakatan Harapan terpaksa akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan akan menyelesaikan masalah lantikan Peguam Negara secepat mungkin. Walaubagaimanapun, Tun M tetap bertegas bahawa Tommy adalah calon yang dirasakan paling layak.

Adakah anda bersetuju dengan cadangan Tun M ini ? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here