Pak Arab Derma Lagi ?

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mendedahkan bahawa pemeriksaan nilai barangan kemas miliknya yang didakwa bernilai RM 1 billion, adalah satu penyiasatan yang bermotifkan ‘dendam politik’.

Beribu-ribu barangan kemas berjenama mewah dirampas oleh PDRM di kediaman milik Najib pada bulan lalu, sebagai langkah menyiasat kehilangan dana berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sekian lama menjadi isu penuh kontroversi.

Barangan Kemas rosmah

Antara penemuman yang dirampas adalah 12,000 utas barangan kemas bernilai di antara RM 660 juta dan RM 880 juta, jam tangan mewah berjenama Rolex Paul Newman Daytona berharga $ 869,565. Beberapa beg jenama Bijan turut ditemui di kediaman beliau berserta pelbagai lagi harta mewah yang lain.

BACA JUGA :   SULTANAH NUR ZAHIRAH FAILKAN SAMAN TERHADAP SARAWAK REPORT

Najib bagaimanapun memberitahu sebahagian besar barangan yang dirampas itu adalah hadiah dari kenalannya di luar negara. Hadiah-hadiah itu diberikan sempena menghadiri pelbagai lawatan rasmi dan majlis rasmi anjuran keluarga mereka.

Tidak kurang juga, Najib mendedahkah jam tangan tersebut adalah hadiah pemberian seorang menteri Arab dari negera Timur Tengah.

Barangan Kemas sprm

Beliau kini masih disiasat oleh pihak berkuasa, namun kerajaan masih tiada bukti kukuh untuk mendakwa beliau di muka pengadilan.

Buat masa sekarang, Najib tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia sejak kekalahan mengejut Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir dalam pilihan raya yang lalu.

Bekas Presiden UMNO itu tetap menafikan terlibat dalam salah laku berhubung skandal 1MDB, seperti yang didakwa oleh media-media terkenal antarabangsa.

BACA JUGA :   Malaysia Antara Negara Islam Pertama Tampil Bela Nasib Rohingya

Apa-apapun, diharapkan agar individu-individu yang terbukti bersalah akan dapat dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here