Rata-rata pelajar khususnya di Malaysia gagal mencari agensi yang terbaik bagi mendapatkan khidmat nasihat pendidikan, malahan kurang keyakinan terhadap pengurusan agensi dan kurangnya maklumat mengenai agensi-agensi berdaftar yang menguruskan pelajar-pelajar ke luar negara bagi menyambung pengajian.

Oleh itu, kami memperkenalkan kepada anda syarikat Daulah Educonsult Sdn Bhd juga merupakan sebuah agensi swasta yang berdaftar yang menawarkan pekhidmatan konsultansi terbaik atau khidmat nasihat secara percuma kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian mereka di luar negara khususnya berkait dengan perihal pemilihan bidang pengajian dan institusi pengajian yang bersesuaian dan mendapat pengiktirafan.

Dewasa ini kita jua sedar, kebanyakan pelajar mempunyai semangat yang berkobar dan bercita-cita untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi, akan tetapi faktor keputusan peperiksaan yang tidak berapa baik dan kurangnya maklumat mengenai bidang pengajian dan juga maklumat mengenai institusi pengajian membuatkan mereka kebingungan untuk menentukan hala tuju mereka.

BACA JUGA :   MENGAPA BANGLADESH HARUS MENJADI DESTINASI PENGAJIAN?

Menyedari punca masalah dan percaya akan kepelbagaian tahap kemampuan insan dan mempercayai keajaiban yang bakal muncul dari cita-cita dan semangat, menjadi aspirasi kepada Daulah Educonsult dalam memberikan khidmat nasihat.

Syarikat ini juga merupakan platform yang terbaik bagi pelajar untuk mendapatkan khidmat nasihat, khususnya mengenai bidang yang mereka minati. Tambahan, khidmat nasihat yang diberikan akan disusuli dengan perkhidmatan pendaftaran dan penempatan di institusi yang telah dipilih.

Penubuhan Daulah Educonsult selama enam tahun ini memberikan pelbagai pengalaman kepada syarikat ini dalam menguruskan pelajar-pelajar yang diuruskan mereka. Rata-rata pelajar telah pun menyambung pengajian ke luar negara dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar di Kursk State Medical University!

Peluang keemasan ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma bagi mendapatkan khidmat nasihat daripada Daulah Educonsult mengenai bidang yang bersesuaian dengan mereka.

Antara negara yang ditawarkan adalah Mesir, Indonesia, Rusia, Poland, Bangladesh, India dan Turki. Setiap universiti dan bidang yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysian Medical Council (MMC), Persatuan Farmasi Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia.

Manakala, bidang yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam, Psikologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain bidang.

Info lanjut mengenai khidmat nasihat Daulah boleh layari website Daulah di http://daulahmedic.com/. atau hubungi khidmat pelanggan Daulah di 0182090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here