bercuti dalam Malaysia

Melancong ataupun bercuti dalam Malaysia sememangnya mempunyai banyak kelebihan seperti meluaskan ilmu pengetahuan, berehat daripada urusan belajar dan kerja, memperoleh pengalaman yang belum pernah dirasai sebelum ini dan banyak lagi.

Sesetengah individu gemar bercuti di dalam negara berbanding di luar negara bergantung kepada minat dan kemampuan sendiri. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, terdapat beberapa kelebihan yang harus anda ketahui apabila bercuti di dalam Malaysia.

#1. Duit

Kelebihan pertama adalah duit. Anda tidak perlu bersusah payah untuk berfikir mengenai urusan pertukaran mata wang dan juga ketidakcukupan wang tunai semasa percutian. Mesin ATM secara mudahnya dapat ditemui di kebanyakan lokasi percutian anda.

Selain itu, perbankan atas talian seperti penggunaan kad kredit juga boleh dilakukan untuk pembayaran penginapan seperti hotel dan juga di pusat membeli-belah.

#2. Bahasa

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara dan kaum bukan Melayu di Malaysia kebanyakannya faham dan boleh bertutur dalam bahasa tersebut.

Sesetengah masyarakat di Thailand, Vietnam dan Singapura yang berkunjung ke Malaysia juga mempunyai pengetahuan dalam menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris pula berfungsi sebagai bahasa kedua dan sering digunakan dalam urusan-urusan tertentu.

BACA JUGA :   Lee Zii Jia Bawa Pulang Emas Dalam Kejohanan Badminton All England.

Jika anda bercuti dalam Malaysia, anda tidak akan mempunyai kesulitan dari komunikasi untuk urusan penginapan, jual-beli dan sebagainya.

#3. Masyarakat Malaysia

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum juga menjadikan negara ini sebagai salah satu negara yang unik. Apabila bercuti dalam Malaysia, anda akan dapat melihat kaum Melayu, India, Cina dan kaum lain (seperti kaum di Borneo) yang bersosial sesama sendiri tanpa mengira warna kulit dan etnik.

Oleh itu, percutian di dalam negara bukan sahaja mampu dinikmati dari segi keseronokan tetapi juga merapatkan lagi hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.

#4. Aset Tarikan Pelancongan Yang Tersendiri

Malaysia mempunyai bermacam-macam tempat menarik yang boleh dikunjungi. Lokasi percutian yang gah ala-ala luar negara juga dapat dinikmati ketika anda bercuti dalam Malaysia. Antaranya termasuklah Desa Dairy Farm di Sabah, Pulau Redang di Terengganu dan banyak lagi.

Pantai yang indah, kewujudan banyak tempat bersejarah, lokasi percutian yang cantik, penginapan yang tenang serta selesa, makanan yang pelbagai dan banyak lagi dapat dinikmati semasa percutian anda.

BACA JUGA :   “Pertimbangkan Pendidikan Anak Indonesia”-Timbalan Perdana Menteri

Aset tarikan pelancongan yang dimiliki oleh Malaysia sentiasa menarik perhatian pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara.

#5. Keunikan Program Pelancongan

Tahun Melawat Malaysia merupakan antara program khas yang dijalankan untuk menarik pelbagai pelancong datang ke Malaysia. Kewujudan acara ini memberi sumbangan yang besar terhadap industri pelancongan negara kerana peningkatan kunjungan pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Sektor pelancongan juga merupakan salah satu medium bagi meningkatkan pendapatan negara. Oleh itu, jangan melepaskan peluang untuk merancang percutian anda bagi mendapatkan pengalaman dan keseronokan hasil daripada pertemuan dengan pelancong asing.

Kesimpulannya, anda masih boleh menikmati kelebihan tertentu dan percutian yang tidak akan dilupakan walaupun dengan hanya bercuti dalam Malaysia sahaja. Semoga informasi di atas sedikit sebanyak dapat membantu merancang percutian anda pada masa hadapan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here