Kebanyakan daripada anda tidak menyedari bahawa anda telah melakukan kesilapan kecil ketika bercuti ataupun melancong. Kesilapan kecil tersebut boleh menyebabkan percutian anda menjadi sedikit hambar dan kurang menyeronokkan.

Semasa bercuti, kita hanya sering mengelakkan masalah besar seperti tiada tempat penginapan, pengangkutan dan sebagainya, namun kesilapan kecil seperti di bawah juga perlu dielakkan kerana ianya juga menjadi penentu kepada kelancaran percutian anda.

Mari lihat apa kesilapan kecil yang sering dilakukan tanpa kita sedari ketika bercuti.

#1. Baju yang kurang sesuai dan tidak mencukupi

Perkara ini terjadi apabila anda gagal merancang tentatif dan aktiviti yang bakal anda lakukan semasa bercuti. Anda ingin melakukan aktiviti lasak seperti meredah hutan, tetapi anda tidak membawa pakaian yang sesuai dari rumah. Jika berkunjung ke luar negara pula, pastikan anda membawa baju yang sesuai bergantung kepada keadaan cuaca di sana.

Anda terpaksa mengubah perancangan untuk mencari aktiviti lain semasa bercuti. Masalah bilangan baju yang tidak mencukupi juga adalah sesuatu yang sering dihadapi oleh semua orang ketika melancong.

Pastikan anda telah merancang dengan baik, berapa lama tempoh anda keluar bercuti dan kalau boleh pastikan anda membawa pakaian lebih sekurang-kurangnya sepasang. sekurang-kurangnya, anda telah menjimatkan wang untuk membeli pakaian yang baru.

#2. Berbelanja secara berlebihan

Kesilapan

Ramai di antara kita yang rambang mata apabila pergi bercuti. Kalau boleh, semua benda ingin dibeli kerana barang-barang sebegitu mungkin tidak dapat ditemui di tempat sendiri.

Namun, elakkan berbelanja secara berlebihan kerana ianya boleh menyebabkan bajet anda tidak mencukupi untuk survive sepanjang tempoh percutian.

Perkara ini juga perlu dielakkan agar anda tidak membawa barang yang begitu banyak untuk pergi ke lokasi percutian yang seterusnya setelah berbelanja berhabis-habisan.

#3. Wang yang tidak mencukupi

Kesilapan

Kesulitan semasa urusan pertukaran wang ataupun penemuan mesin ATM semasa bercuti boleh dikatakan pernah dihadapi oleh segelintir pelancong. Sesetengah daripada kita lupa untuk tukar duit ketika hendak melancong ke luar negara.

Duit yang anda miliki boleh jadi tidak cukup untuk menampung segala perbelanjaan untuk penginapan, makanan dan pengangkutan sepanjang tempoh percutian. Sebelum melancong, pastikan anda telah memperuntukan sejumlah wang yang mencukupi.

Kegagalan anda menguruskan wang akan menyebabkan anda hilang kesempatan untuk membeli cenderamata untuk dijadikan kenangan setelah pulang nanti.

#4. Lupa bawa plastik baju kotor

Ketika sedang sibuk memikirkan apa yang perlu dibawa dan dibuat semasa bercuti, terlupa untuk membawa plastik untuk baju kotor boleh dikatakan sebagai suatu bencana bagi segelintir orang.

Tambah lagi sekiranya baju yang telah dipakai itu berkemungkinan kotor ataupun basah, tiada plastik atau beg khas untuk pakaian tersebut menyebabkan pakaian kotor terpaksa diletakkan bersama dengan pakaian yang masih bersih.

Jadi, pastikan anda mengutamakan plastik atau ruang khas untuk baju kotor dahulu sebelum berangkat bercuti.

#5.  Tidak membawa ubat-ubatan

Kesilapan

Membawa sekali ubat-ubatan ringkas seperti paracetamol, minyak angin, plaster luka dan ubat sakit perut sering dipandang ringan oleh kita apabila keluar bercuti.

Sakit-sakit ringan seperti pening kepala, sakit perut, luka kecil dan sebagainya tidak akan perlu menggunakan belanja yang tinggi sekiranya masih boleh dirawat dengan menggunakan ubat yang anda bawa.

Hal ini adalah untuk mengelakkan diri anda mengeluarkan belanja yang mahal untuk ke klinik. Namun, harus diingatkan bahawa jangan mengambil sebarang ubat-ubatan sekiranya anda mempunyai alahan terhadap ubat sebaliknya terus pergi ke klinik yang berdekatan untuk megelakkan perkara yang tak dingini.

Hampir kesemua diantara kita pernah melakukan kesilapan seperti ini ketika keluar bercuti. Namun, pastikan anda tidak mengulangi kesilapan yang sama agar percutian anda menjadi percutian yang menyeronokkan tanpa ada masalah.

Semoga informasi di atas dapat membantu menjadikan percutian anda sebagai percutian yang menyeronokkan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here