Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun menjadi individu seterusnya yang akan disingkirkan jawatannya kerana gagal mengambil tindakan terhadap penyiasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan, Fuzi bukanlah satu-satunya pegawai yang digugurkan. Pegawai berjawatan tinggi yang lain juga bakal berdepan nasib yang sama dalam rombakan besar-besaran pengurusan tertinggi PDRM kelak.

Rombakan itu juga menyaksikan tiga jabatan dalam pasukan polis akan ditutup bulan depan. Jabatan-jabatan itu termasuklah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme , Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik.

Fuzi telah memegang jawatan Ketua Polis Negara selama sembilan bulan, menggantikan tempat Khalid Abu Bakar yang bersara sebelum itu.

BACA JUGA :   Parlimen Malaysia Akan Dibubarkan Pada Tarikh Ini Untuk Memberi Laluan Kepada PRU 14

Penyingkiran Fuzi ini adalah salah satu langkah drastik yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi memastikan individu-individu yang bersalah dalam skandal penyelewengan wang 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan.

Sebelum ini, Pakatan Harapan juga turut menamatkan khidmat bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali dan melantik Tommy Thomas selaku peguam negara yang baru.

Semasa memegang tugas peguam negara, Apandi Ali telah membebaskan Najib daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB pada 2016.

Bukan itu sahaja, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Dzulkifli Ahmad seolah-olah sudah tahu nasibnya apabila bertindak meletakkan jawatan pada 14 Mei, lima hari selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa.

BACA JUGA :   Tak Mampu Bayar Ikat Jamin, Najib Terpaksa Pajak Rumah Sebagai Jaminan

Apa-apapun, diharapkan agar pihak yang terbukti bersalah dalam kes 1MDB akan diberkas dan diberikan hukuman yang setimpal.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here