1MDB
Kredit foto : MANAN VATSYAYANA/AFP/Getty Images)

Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipalit penuh kontroversi beberapa tahun yang lalu, kini dilaporkan akan ditutup setelah semua hutangnya berjaya dilangsaikan. Perkara ini sendiri diakui oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang menjelaskan keyakinan bahawa 1MDB akan mampu membayar segala hutang melalui beberapa perancangan strategik yang dijalankan.

1MDB
Pembinaan bangunan Tun Razak Exchange (TRX)

Kesemua hutang yang ditanggung 1MDB akan dapat dibayar melalui pulangan daripada projek-projek mega seperti pembinaan bangunan Tun Razak Exchange 106 (TRX), East Coast Rail Line (ECRL), dan MRT Fasa 2.

Meskipun begitu, Tan Sri Irwan menegaskan bahawa proses untuk mendapatkan pulangan daripada projek-projek mega itu akan memakan masa yang lama, berkemungkinan lebih daripada 10 tahun. Sejurus selepas itu, kewujudan 1MDB tidak diperlukan lagi dan akan ditutup.

Sebelum ini, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak mengakui berlakunya banyak ‘kesilapan’ dalam pentadbiran syarikat tersebut. Tidak hairanlah megapa 1MDB sering disiasat oleh pihak-pihak berkuasa terutamanya SPRM.

1MDB

Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, hutang 1MDB yang mencecah RM50 billion pada Januari 2016 telahpun dilangsaikan daripada termasuklah hutang jangka pendek.

Pada 31 Disember lepas pula, 1MDB dilaporkan selesai membuat semua pembayaran kepada dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC) dalam satu urusjanji pelangsaian hutang bernilai  RM4.9 bilion.

Berikut merupakan perincian hutang yang telahpun dilangsaikan syarikat tersebut, menurut Kementerian Kewangan :

-Fasiliti kredit berjumlah RM229.5 juta kepada Affin Bank pada 23 Nov 2015  

-Kredit siap sedia RM950 juta kepada kerajaan pada 31 Mac 2016

-Fasiliti pinjaman RM2 bilion kepada Marstan Investment NV pada 8 April 2016

-Fasiliti kewangan USD $ 150 juta dengan EXIM Bank pada 15 April 2016

Jadi apa pendapat anda, wajarkah syarikat pelaburan strategik kerajaan ini ditutup selepas segala hutang dilangsaikan ?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here