vandalism

Vandalism dalam negara kita memang sangat popular, bila sebut pasal meja kerusi di sekolah tu memang dah menjadi pusat merosakkan barang, malah perkhidmatan awam juga salah satu tempat untuk melakukan perkara tersebut. Tapi cukuplah di negara sendiri! Jangan buat di negara orang!

 

Loading...

Malu apabila masyarakat kita didapati telah melakukan kesalahan vandalism di negara Jepun, mereka dipercayai sekumpulan rakyat Malaysia bertindak melakukan ukiran nama di batang pokok buluh di Arashiyama Bamboo Grove yang terletak di Kyoto, Jepun.

Jika kita mengimbau kenangan pahit suatu ketika dahulu, satu kes tidak bermoral dilakukan oleh rakyat Malaysia juga yang mana kejadian membuang air besar di bilik mandi di Jepun menjadi kecoh apabila mula tular.

Tahu tak tempat tu bernilai buat masyarakat Jepun?

Tempat kejadian vandalism itu berlaku di sebuah pusat pelancongan yang juga merupakan sebuah pusat menarik yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Bagaimana kelakuan tidak patut dicontohi ini diketahui umum, apabila satu perkongsian yang dibuat di laman Facebook oleh Farid Mustafa, jelas sekali contengan pada satu pokok buluh di taman itu dengan ukiran nama si pelaku berserta tarikh mereka datang ke tempat tersebut.

“Belum pun kisah menyakitkan hati berak di shower oleh pelancong remaja dari Malaysia reda, tular pula isu vandalism conteng nama di Arashiyama Bamboo Groove Jepun kembali mengguris hati rakyat Malaysia.

“Bak kata Malique, pergi ke tempat orang bawak otak bukan bawak pisau.

“Please lah, jangan bawa sikap kampung bila ke tempat orang. Habis semua tempat kau nak conteng,” tulis Farid melalui perkongsiannya.

Tambahnya lagi, nampak pokok buluh nampak biasa namun amat berharga buat masyarakat Jepun, malah ia juga telah dinobat sebagai tempat bersejarah oleh UNESCO.

Kalau pergi ke negara orang silalah bawa perangai elok-elok, tinggalkan perangai tak elok tu. Kita ni pun rakyat Malaysia jika anda melakukan perkara sumbang pastinya yang lain turut terkena tempias akibat perkara tersebut.

“Bak kata, gara-gara setitik nila hancur susu sebelanga.”

Sebagai rakyat Malaysia kita hedaklah sentiasa menjaga adab bila berada di negara orang kerana dalam masa yang sama kita sedang membawa imej negara di mata dunia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here