Tindakan memadam akaun sami Buddha oleh pihak facebook bukan dibuat sesuka hati, tapi apabila akaun seseorang itu telah melanggar beberapa prosedur maka facebook akan berbuat tindakan sedemikian.

buddha

Loading...

Laman milik sami Buddha yang sebelum ini digelar sebagai ‘Bin Ladeen Buddha’ kerana membuat satu penyiaran berunsur provokatif terhadap umat Islam ketika berhadapan dengan tekanan mengambil tidakan ke atas siaran berunsur kebencian.

Wiranthu, merupakan dalang pelampau Buddha Myanmar berjaya menghimpun ratusan ribu pengikut di laman sosial itu, yang bertujuan untuk membuat serangan ke atas penduduk Islam Rohingya. Mereka dilihat menggunakan platform facebook sebagai tempat menyeru pelampau Buddha itu bergerak untuk buat serangan.

Dianggarkan hampir 70,000 minoriti Islam Rohingya yang melarikan diri ke negara Bangladesh sejak Ogos lalu susulan kempen ketenteraan di negeri Rakhine yang dikaitkan dengan pergerakan pembersihan etnik Rohingya oleh Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Maklumat yang diperolehi daripada jurucakap facebook kemarin, mengesahkan bahawa akaun Sami Buddha, Wiranthu itu sudahpun dipadam.

buddha

“Kami telah menetapkan piawaian dan piawaian komuniti kami adalah melarang mana-mana pertubuhan dan orang ramai mempromosikan kebencian dan keganasan terhadap mana-mana pihak menerusi laman kami,” kata jurucakap facebook itu.

“Sekiranya kami mendapati mana-mana pihak cuba untuk mempromosikan kebencian, kami akan mengambil pelbagai tindakan terhadap individu terbabit, seperti menggantung sementara keupayaan mereka untuk menyiarkan kenyataan dan akhirnya, tindakan memadam atau membuang akaun yang dikenalpasti,” tambah jurucakap facebook itu lagi.

Selewat-lewatnya akaun sami Buddha tersebut telah dibuang pada hujung Januari yang lalu.

buddha

Sami Buddha, Wirathu ketika ini juga tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan kenyataan tentang hal itu, tetapi video yang pernah disiarkan beliau berkata, akaunya telah digantung sementara selama 30 hari kerana ‘Facebook dikuasai umat Islam’.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here