Pada Januari lalu, pengasas platform Facebook iaitu Mark Zuckerberg telah menegaskan bahawa laman sosial itu akan merombak semula algoritma Facebook berkaitan berita yang dimuat naik di ‘News Feed’.

algoritma facebook
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg

Jika sebelum ini kita dapat lihat banyak berita daripada Page-page keluar di News Feed, namun kini algoritma terbaru Facebook lebih memberi keutamaan kepada status-status yang dimuat naik oleh rakan-rakan dah ahli keluarga. Tujuan perubahan itu dilakukan adalah untuk menjadikan Facebook sebagai laman yang mendekatkan lagi hubungan antara kenalan di media sosial.

Loading...

Salah satu syarikat yang sudahpun menanggung akibat daripada perubahan tersebut adalah Little Things, sebuah laman penerbitan yang memfokuskan kepada gaya hidup golongan wanita. Bukan sahaja terpaksa membuang lebih 100 pekerja, malah syarikat itu juga terpaksa ditutup.

BACA JUGA :   Facebook Kini Haramkan Segala Iklan Yang Mempromosikan Cryptocurrency Dan Bitcoin

algoritma facebook

Sejak diasaskan pada 2014, syarikat itu banyak menghasilkan video-video dan informasi berita yang dipaparkan di Facebook. Hasilnya, mereka berjaya mendapat 12 juta pengikut dan likers kerana pada masa itu algoritma Facebook masih mengutamakan video. Little Things bermula sebagai laman yang memaparkan kandungan pemasaran untuk syarikat makanan haiwan atas talian, Petflow dan kemudiannya beralih menjadi sebuah syarikat media.

Namun, sejak algoritma Facebook diubah, CEO Little Things mendedahkan jumlah trafik organik ke laman mereka menurun dengan mendadak, sekali gus menjejaskan pendapatan yang biasanya diterima oleh syarikat itu.

algoritma facebook

Usaha untuk menjual syarikat tersebut juga tidak berjaya kerana ramai pembeli yang menarik diri. Ditambah bebanan hutang yang ditanggung dengan pihak bank, mereka tiada pilihan selain terpaksa menutup syarikat.

BACA JUGA :   4 Trend Marketing Online Yang Perlu Anda Tahu Untuk Memajukan Bisnes

Natijahnya, di sini kita dapat lihat bahawa yang syarikat bergantung sepenuhnya kepada platform Facebook untuk mencari pelanggan akan menghadapai pelbagai kesukaran akibat algoritma yang baru ini. Diharapkan ramai pihak dapat mengambil iktibar daripada masalah yang menimpa Little Things dan belajar untuk ‘adapt’ dengan perubahan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here