Cita-cita seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membuka perniagaan akhirnya tercapai apabila dia kini memiliki kedai gunting rambutnya sendiri, yang mendatangkan memberikan pendapatan yang cukup lumayan.

Loading...

Dengan bermodalkan hanya RM30, Mohamad Hafiz Zakaria kini mempunyai pendapatan kira-kira RM10,000 setiap bulan. Pencapaian mengagumkan Hafiz, pelajar dari jurusan Seni Halus Lakonan dan Pengarahan itu membuatkannya terpilih untuk bertanding dalam pertandingan Ikon Keusahawanan selaku wakil USM.

Hafiz sememangnya sudah memasang impian untuk menawarkan khidmat gunting rambut kepada para pelajar sebelum dia menjejakkan kaki ke universiti lagi. Pada semester pertama pengajiannya, dia mula mengambil upah menggunting rambut di depan biliknya dengan bayaran RM5 seorang.

Dia membelanjakan modal sebanyak RM30 untuk membeli kelengkapan seperti gunting, pencukur rambut, sikat dan sebagainya. Pada mulanya, tidak ramai pelanggan yang berminat untuk menggunakan khidmat Hafiz.

BACA JUGA :   Pertandingan ‘Memulihkan’ LGBT Anjuran USM Dikecam Media Antarabangsa

Namun, nasib pelajar berusia 24 tahun itu mula berubah setelah dia berpeluang menggunting rambut Presiden Majlis Perwakilan pelajar (MPP) USM pada waktu itu iaitu Mohamad Shafiq Kamaruddin. Lalu, Shafiq menawarkannnya peluang untuk membuka kedai gunting rambut dalam USM yang diberi nama Bampishh Barbershop.

USM
Bampishh Barbershop

Bertitik tolak daripada itu, perniagaan Hafiz semakin maju dari hari ke hari berkat sokongan daripada rakan-rakan serta ahli keluarga. Dia juga bertambah mahir dalam menggunting rambut apabila mempelajarinya menerusi laman YouTube.

Hafiz mengakui bahawa menjadi seorang pelajar dan menjalankan perniagaan pada waktu yang sama bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak kali juga dia terpaksa menutup kedai untuk beberapa hari kerana terlalu sibuk dengan tugasan dan kuliah.

BACA JUGA :   Pertandingan ‘Memulihkan’ LGBT Anjuran USM Dikecam Media Antarabangsa

Walaubagaimanapun, Hafiz memberi nasihat kepada orang yang ingin berjaya sepertinya supaya jangan mudah berputus asa. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Hafiz akan membuka cawangan Bampishh Barbershop yang kedua di Seri Iskandar, Perak pada bulan Ogos nanti.

Tahniah diucapkan kepada Hafiz dan semoga terus maju jaya di masa hadapan. Diharapkan ramai pihak terutamanya anak muda di luar sana dapat mengambil pengajaran daripada kisah kejayaan Hafiz ini.

Sumber : Harian Metro

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here