Konsep ‘Malaysia Baru’ yang dicanang nampaknya berjaya meraih perhatian daripada negara dari seberang; Indonesia. Kisah kejatuhan Najib dilihat sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kejatuhan pemerintahan Suharto.

perhatianPihak Indonesia dilihat cukup berminat dan menanti dengan penuh sabar akan susulan perkembangan berita selepas berakhirnya pemerintahan pemimpin ke-6 Malaysia itu. Pengadilan Indonesia terdahulu gagal mengemukakan dakwaan terhadap Suharto kerana belum sempat diadili, beliau telah jatuh sakit dan dijemput ilahi.

Jika dilihat dari mata kasar, mana-mana rakyat sekalipun menolak keras pemimpin yang disifatkan mempunyai reputasi buruk dalam isu rasuah. Rakyat tidak mempunyai sebarang kompromi kerana isu rasuah bukan isu picisan yang boleh dipandang ringan.

PerhatianRasuah dalam kalangan rakyat, rasuah umpama barah yang memakan tuan. Menyusup secara perlahan-lahan sehingga pada suatu ketika membawa musibah besar dari aspek ekonomi negara dan kepercayaan rakyat.

Katanya, pengundi Malaysia berjaya melaksanakan misi sukar menumbangkan BN yang disifatkannya sebagai “regim korup” yang berkuasa selama enam dekad. Indonesia amat berminat untuk mengetahui satu demi satu perkembangan Malaysia setelah tamat PRU-14. Kes serbuan Najib nampaknya bukan sahaja menggoncang bumi Malaysia malahan di Indonesia juga.

BACA JUGA :   Skop Kerjaya Dalam Bidang Pengajian Islam

Khabar mengenai amaun rampasan aset itu telah menyentak perhatian warga Indonesia. Sehingga kini ada diantara mereka menganggap amaun rampasan itu sebagai sesuatu yang telah diolah dan tidak masuk akal.

Perhatian“Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini,Najib menjelaskan bahawa barang yang dirampas itu kebanyakannya “hadiah” dan mempertikaikan nilai rampasan yang menurutnya “subjektif dan tidak realistik.”-‘Malaysia Baru’ di mata rakyat Indonesia, Aedi Asri & Alyaa Alhadjri , Malaysia Kini,

Jika di Indonesia, Suharto dilihat seakan-akan kebal untuk diheret ke mahkamah, bagaimana pula dengan Najib? Segala tindakan bergantung kepada ketelusan serta ketelitian pihak kerajaan baru untuk mengumpul bukti-bukti penting untuk dibawa ke muka pengadilan. Bermula dengan penyelewengan 1MDB sehingga kaitan aset bekas pemerintah itu dengan pihak Umno.

“Pastinya bukan perkara mudah, sesuatu yang sudah berjalan 60 tahun pengaruhnya di mana-mana (dan sukar diubah)… Apakah orang yang bertanggungjawab akan mendapat hukuman?-‘Malaysia Baru’ di mata rakyat Indonesia, Aedi Asri & Alyaa Alhadjri , Malaysia Kini,

PerhatianBerbeza dengan pendekatan bertindak secara tenang dan damai, di Indonesia gerakan radikal amat ditakuti. Kewujudan golongan ini dalam sektor perancangan undang-undang yang berkait dengan haluan lain dikhuatiri menjadi suatu mimpi ngeri dalam sesuatu institusi.

BACA JUGA :   Permohonan Bidang Veterinar Di Universiti Indonesia Dan Bangladesh

Indonesia menjelaskan bahawa keberanian rakyat Malaysia yang memilih untuk melakukan reformasi kerajaan walaupun hidup dalam masyarakat majmuk wajar diberi perhatian oleh negara tersebut dalam memelihara dasar demokrasi yang diamalkan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here