Kekecewaan jelas tergambar pada wajah penyokong-penyokong Jerman setelah pasukan itu mengalami kekalahan 0-2 ke atas Korea Selatan, semalam.

Keputusan buat bekas juara Piala Dunia 2014 itu dianggap sebagai satu ‘sejarah memalukan’ setelah kalah pada pusingan pertama piala dunia kali ini. Korea berjaya membenam pasukan gergasi itu sekaligus memberi ‘tiket pulang’ awal ke tanah air.

Jika melihat perlawanan itu Jerman berjaya menguasai permainan seawal babak pertama sehingga ke babak kedua, namun nasib tidak menyebelahi pasukan itu untuk memenangi perlawan menentang Korea di dalam kumpulan F.

korea

Kedua-dua jaringan berjaya dihasilkan oleh Korea pada minit-minit akhir perlawanan iaitu pada masa tambahan (90+6). Gol pertama dijaringkan oleh Kim Young-Gwon pada minit 90(+2) dan gol kedua pula oleh Son Heung-Min pada minit 90(+6).

Gol pertama Korea menyebabkan pemain pertahanan Jerman terpaku dan mengharapkan Young-Gwon berada pada kedudukan offside sejurus bendera diangkat oleh penjaga garis ketika itu.

korea

Tetapi setelah pengadil melihat VAR bola yang diterima oleh Young-Gwon bukanlah daripada rakan sepasukan malahan daripada pemain Jerman, sekaligus mengesahkan gol tersebut.

Bukan mudah untuk mengalahkan pasukan gergasi seperti Jerman, namun Korea telah bermain dengan baik selama 90 (+6) minit di atas padang.

Selepas gol pertama itu, pasukan Jerman memantapkan lagi serangan ke atas Korea dan bertubi-tubi memberi tekanan kepada pasukan lawan.

Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer turut sama melakukan serangan pada masa tambahan itu, tetapi malangnya bola yang dibawa oleh Neuer berjaya dirampas oleh pemain Korea dan hantaran jauh dilakukan memudahkan lagi Son Heung-Min menyumbant gol kedua buat pasukannya.

Jerman yang pernah menjadi juara sebanyak empat kali juga buat pertama kalinya tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia sejak tahun 1938.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here