Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik menggesa agar mana-mana Naib Canselor ataupun Timbalan Naib Canselor di universiti awam (IPTA) yang menyokong Barisan Nasional supaya meletakkan jawatan dan berundur dengan cara terhormat.
Langkah ini adalah kerana kerajaan Pakatan Harapan mahu mengekalkan polisi memecat golongan yang dilantik atas dasar politik oleh Najib Razak dan menggantikan mereka dengan individu-individu yang lebih layak.
“Sebelum PRU-14, mereka-mereka ini sibuk mengkritik Perdana Menteri (Tun Mahathir) kerana umur dan mempersoalkan kelayakan beliau,
“Tetapi lepas keputusan PRU diumumkan, mereka bukan main lagi memuji dan menyokong beliau”,
“Kita tidak mahu orang-orang macam ini”, ujar Dr Maszlee.
Dr Maszlee yang juga ahli Parlimen Simpang Renggam menjelaskan bahawa satu mesyuarat tertutup dengan kesemua Naib Canselor berkenaan telahpun diadakan.
Kesemua mereka sudah diberitahu tentang polisi Kementerian Pelajaran dan juga Kabinet. Pihak kementerian menyeru agar mereka meletakkan jawatan secara sukarela dan tidak mahu lagi ada golongan yang bermuka-muka.
Matlamat itu dikemukakan dengan jelas.
Sehubungan dengan itu, kontrak Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Pro-BN yang sudah tamat juga tidak akan disambung semula.
Di bawah Menteri Pelajaran yang baru ini, syarat-syarat kelayakan untuk dilantik menjadi NC dan TNC akan menjadi lebih ketat bagi memastikan hanya individu-individu yang layak sahaja diberikan jawatan berkenaan.
Dr Maszlee juga berjanji bahawa beliau tidak akan melantik NC dan TNC daripada ahli partinya sendiri iaitu BERSATU.
“Apa yang pasti adalah saya tidak akan melantik ahli dari parti saya sendiri,
“Ini yang membezakan kita dari kerajaan terdahulu, ianya akan menjadikan universiti-universiti bebas dari politik”, tambahnya lagi.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.