Dalam satu temu bual bersama media antarabangsa, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Najib Razak akan disumbat ke dalam penjara untuk tempoh yang lama dan mungkin tidak sempat untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang seterusnya.

Ini kerana Najib dijangkakan bakal didakwa atas beberapa kes salah laku termasuklah skandal menggelapkan wang, korupsi dan banyak lagi kes-kes lain.

Najib razak ke penjara
Tun M mendedahkan perkara tersebut dalam temu bual bersama Channel News Asia.

Bekas Perdana Menteri ke-6 itu kini sedang disiasat berhubung skandal ketirisan dana wang 1MDB. Pihak polis juga dalam proses membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dipercayai ada kaitan dengan Najib.

Walaubagaimanapun, Najib kekal menafikan dirinya bersalah dalam kedua-dua kes terbabit.

BACA JUGA :   ‘Live-Streaming’ Perbicaraan Kes Najib?
Najib razak ke penjara
Nama Najib Razak juga dikaitkan dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu

“Terdapat kehilangan sejumlah wang yang sangat banyak dan muncul pula wang dalam akaun peribadi Najib Razak. Semua ini menjurus kepada satu kesalahan jenayah,

“Tetapi untuk membawa Najib ke mahkamah, kita perlu membuktikan setiap langkah dan proses yang terlibat”, ujar Tun M.

Terdapat 4 agensi yang telah menjalankan pemerhatian lanjut terhadap pertuduhan jenayah ke atas Najib Razak, dan kini segalanya terpulang kepada Peguam Negara yang baru iaitu Tommy Thomas untuk memastikan perkara itu dibawa ke mahkamah.

Najib razak ke penjara
Peguam Negara, Tommy Thomas

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Tun Mahathir telah melaksanakan beberapa langkah untuk mengheret pesalah-pesalah skandal 1MDB ke muka pengadilan.

Antaranya termasuklah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes 1MDB dan juga menyingkirkan beberapa pegawai berjawatan penting yang melindungi Najib Razak.

BACA JUGA :   Penjawat Awam Di Johor Bakal Terima Bonus Lebih RM1,500 Daripada Kerajaan Negeri

Sekiranya benar ada segelintir pihak yang berkomplot dalam ‘merompak’ dana wang 1MDB, semoga keadilan mampu ditegakkan dan semua yang bersalah akan diberikan hukuman yang setimpal.

Najib razak ke penjara

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here