grab

Baru-baru ini negara telah dikejutkan dengan kejadian seorang pemandu e-hailing Grab yang ditemui mati dibunuh dengan kesan jerutan di bahagian leher. Polis tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa telah dibunuh oleh penumpang terakhir yang dibawanya, namun siasatan masih diteruskan.

Kejadian ini telah membuka satu isu baharu mengenai keselamatan para pemandu e-hailing ini. Sebelum ini, hanya isu keselamatan penumpang e-hailing ini sahaja yang diberi tumpuan ekoran kejadian seperti penumpang dirogol oleh pemandu Grab pada tahun lalu menyebabkan penyedia perkhidmatan e-hailing telah mengemas kini ciri butang kecemasan seperti yang dibuat oleh aplikasi Grab.

Mangsa, Aiman Nosri, 27 tahun berasal daripada Nilai, Negeri Sembilan itu ditemui mati di dalam kenderaan Myvi miliknya dalam keadaan terlingkup di bahagian penumpang belakang dengan tiada kesan kecederaan yang ketara ditemui.

BACA JUGA :   Safer Buka Peluang Golongan Wanita Jana Pendapatan Aktif & Pasif Secara Aktif

Mangsa yang pada mulanya dikesan hilang selepas menghantar penumpang ditemui mati di sebuah tempat letak kereta di Taman Selayang Baru selepas laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa.

Kata orang, malang itu tidak berbau tetapi kejadian ini boleh dielakkan bagi memastikan keselamatan para pemandu ini terjamin dan para pemandu tidak takut untuk meneruskan pemanduan mereka.

Perkhidmatan e-hailing ini yang dahulunya sekadar dibuat sebagai pendapatan sampingan tetapi kini sudah ada yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama. Kejadian sebegini akan menyebabkan pemandu dan bakal pemandu e-hailing ini berfikir dua kali untuk menceburi pekerjaan ini.

Sistem Amaran Awal

Mungkin sudah tiba masanya untuk penyedia perkhidmatan e-hailing ini untuk memperkenalkan satu ciri keselamatan dalam aplikasi pemandu. Ciri ini membolehkan para pemandu memberi amaran awal kepada pihak berkuasa atau kepada pusat kawalan jika ada sebarang kejadian buruk yang akan berlaku.

BACA JUGA :   Sertai Safer Sebagai Rakan Penghantar Dan Jana Pendapatan Pasif & Aktif.

Jika ciri keselamatan ini boleh diperkenalkan kepada aplikasi versi penumpang, ciri yang sama juga boleh diperkenalkan pada aplikasi versi pemandu. Mungkin sekadar satu butang yang boleh diketik sekiranya pemandu merasakan dirinya terancam semasa membawa penumpang atau ketika sedang memandu.

Ciri “emergency button” yang bakal diperkenalkan boleh menjamin keselamatan para pemandu e-hailing semasa mereka menghantar penumpang atau pun ketika menjalankan pemanduan. Jenayah berlaku di sekeliling kita saban hari, namun ia boleh dicegah dan dikurangkan dengan memanfaatkan teknologi yang semakin maju.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here