UMNO

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di kesemua negeri yang tewas pada pilihan raya lalu, perlu mengikut jejak langkah bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang melepaskan jawatan dalam parti tersebut.

Berikutan kekalahan yang teruk pada PRU lalu, mereka (Pengerusi Badan Perhubungan), perlu bertanggungjawab diatas kekalahan Barisan Nasional (BN) dengan melepaskan jawatan yang disandang.

UMNO perlu memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk menyandang jawatan tersebut. Muka baharu perlulah melakukan perubahan dalam parti BN secara menyeluruh agar parti tersebut terus kekal wujud dalam negara.

Kekalahan yang terjadi perlu diambil ikhtibar oleh semua ahli parti tersebut dan sudah sampai masa untuk UMNO perlu berubah secara menyeluruh. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk ahli-ahli berebut jawatan dan bergaduh sesama sendiri. Tetapi masa untuk berubah dan  memperbetulkan perkara  yang terlepas pandang sebelum ini.

Berikutan itu, Pengerusi Badan Perhubungan Veteran UMNO Johor, Datuk Abd. Rahman Yunos mencadangkan bahawa kesemua pengerusi negeri, turut sama mengikuti jejak langkah Datuk Seri Najib.

BACA JUGA :   Kluster Tembok Choh Punca Kes COVID-19 Di Johor Paling Tinggi.

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakan jawatan sebagai Presiden UMNO, kita juga sebagai orang lama, perlu juga melepaskan jawatan yang disandang. Walaupun masih sayang dengan UMNO, apakan daya kekuatan kita ada hadnya dan tambah lagi rakyat ketika ini menghukum Parti UMNO.

Selain itu, Bekas Perdana Menteri itu juga telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah sayap pelaburan Khazanah Nasional Bhd, berkuat kuasa pada 31 Mei 2018.

Hal ini adalah susulan daripada pertukaran kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam pada itu, Abd. Rahman juga turut sama mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Veteran UMNO Johor kerana beliau berpendapat bahawa, beliau gagal dalam membantu parti mempertahankan  negeri ini, khususnya di Johor.

Beliau menganggap kekalahan parti BN pada PRU14 lalu, merupakan kesilapan sendiri kerana terlalu ramai pemimpin dalam parti yang menjadi punca penyebab kekalahan. Terdapat segelintir daripada mereka yang tidak boleh ditegur, malahan tidak boleh menerima nasihat  dan tidak mahu jumpa orang veteran UMNO untuk berbincang.

BACA JUGA :   Terpaksa Hilangkan Rasa Malu, Kibar Bendera Putih Untuk Dapat Bantuan

Kita perlu mengambil ikhtibar daripada kekalahan ini dan memperbetulkan semula parti. Sama ada UMNO akan terus berakhir atau berterusan barada pada takuk lama seperti yang berlaku pada hari ini.

Rata-rata rakyat memberikan pandangan bahawa kekalahan BN pada PRU14 lalu, disebabkan oleh ketidaktulusan pemimpin-pemimpin atasan  parti tersebut dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Hal ini memberikan kesan kepada pemimpin lain, yang jujur dan disenangi oleh rakyat dalam parti tersebut  turut melepaskan jawatan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here