Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendedahkan hasratnya untuk mengkaji semula perjanjian air melibatkan Malaysia-Singapura yang sudah ditandatangani sejak 1962.
Ketika ditanya, Tun Mahathir menjelaskan bahawa perjanjian tersebut adalah satu perjanjian yang ‘merugikan’ negara ini. Tambahan pula, bekas Perdana Menteri ke-4 itu merasakan ianya tidak mendatangkan pulangan ekonomi yang baik kepada Malaysia.
Di bawah Perjanjian Air 1962, Singapura diberikan hak eksklusif untuk mengangkut 250 juta gallon air setiap hari daripada Laut Johor di Malaysia.
Singapura membeli air dari Malaysia dengan kadar 3 sen untuk setiap 1000 gallon air dan kemudian, air yang sudah dirawat dijual semula kepada Malaysia dengan harga 50 sen setiap 1000 gallon.
Perjanjian tersebut akan tamat pada tahun 2061.
Tidak dinafikan, isu bekalan air melibatkan Malaysia-Singapura memang menjadi satu perkara yang mencetuskan kekecohan dan juga polemik politik sejak sekian lama.
Kedua-dua negara sebelum ini pernah menyatakan perasaan tidak puas hati dengan isu tersebut menggunakan medium akhbar di negara masing-masing. Lebih teruk lagi, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew pernah mengugut untuk mencetuskan konflik bersenjata terhadap Malaysia sekiranya menghentikan perjanjian itu.
Walaubagaimanapun, Tun Mahathir tetap komited untuk mengadakan perbincangan secara matang dengan Singapura tanpa timbulnya sebarang perkara yang tidak diingini.
Tambah-tambah lagi, hubungan Malaysia-Singapura sudah menjadi sedikit tegang kebelakangan ini gara-gara tindakan Tun Mahathir membatalkan projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang telah dipersetujui di zaman pentadbiran Najib Razak.
Sekiranya perjanjian air gagal mencapai kata sepakat dan terpaksa dibatalkan, apa yang akan berlaku kepada hubungan di antara Malaysia dan Singapura ?
Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.