Hari Raya adalah hari bergembira bagi seluruh umat Islam bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Ini merupakan nikmat dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Namun, sayangnya kegembiraan ini sering dicemarkan oleh sebahagian masyarakat Melayu dalam beberapa bentuk pelanggaran. Mari kita lihat antara amalan-amalan bid’ah dan maksiat yang dilakukan oleh orang Melayu sepanjang musim raya :

Mengkhususkan Ziarah Kubur

Raya

Amalan menziarahi kubur di pagi 1 Syawal sudah menjadi sinonim dengan masyarakat kita di negara ini. Amalan ini sudah menjadi adat dan bukannya sunnah. Tatkala Rasulullah SAW menyeru umatnya untuk meraikan Hari Raya dengan penuh kegembiraan, orang Melayu pula sibuk ke kubur menangisi kepergian insan-insan tersayang.

Hakikatnya, kita perlu akui bahawa amalan ini adalah bid’ah dan tidak digalakkan sama sekali. Kita semua punyai 365 hari dalam setahun, mengapa pilih untuk bersedih dan menziarahi kubur di pagi 1 Syawal ? Memang tidak ada hari lain kah untuk berbuat demikian ?

sambutan hari raya aidilfitri ziarah kubur

Selain itu, mengapa perlu jirus air di atas kubur selepas membaca yasin? Mengapa juga perlu tabur bunga atas kubur ? Adakah ini amalan Nabi SAW ?  Semua ini perlu dirujuk semula. Jangan main ikut sahaja sehingga tidak tahu tujuan kenapa buat sebegitu.

Hari Raya adalah hari untuk bergembira dan meraikan kemenangan umat Islam. Justeru, elakkanlah dari melakukan amalan-amalan ini di masa akan datang.

Berjabat Tangan Antara Lelaki Dengan Wanita Yang Bukan Mahram

Raya

Berjabat tangan antara kaum muslimin ketika bertemu adalah lumrah, baik di Hari Raya mahupun di hari-hari biasa selainnya. Namun yang menjadi salahnya adalah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram dengan kita. Perkara ini sangatlah dilarang dalam Islam.

BACA JUGA :   Operasi Bazar Ramadan, Aidilfitri Dan Solat Tarawih Dibenarkan Di Seluruh Negeri Dengan SOP Ketat.

Lebih menyedihkan, rata-rata masyarakat hanya memandang remeh isu ini. Kerana ingin menghidupkan kemeriahan Hari Raya, ramai yang buat pejam-pejam mata sahaja apabila melihat golongan yang bukan mahram bersentuhan dan saling bertepuk tampar.

Memakai Pakaian Raya Yang Menjolok Mata

Memang disunatkan memakai baju baru ketika hendak menunaikan solat Aidilfitri, TETAPI pakaian yang menyeksakan mata muslimin adalah tabarruj jahiliah yang melampau. Apa salahnya memakai baju yang sopan dan menutup aurat. Mengapa sebahagian besar golongan muslimat terutamanya gemar memakai pakaian yang ketat hingga terdedah sana-sini.

Dengan ‘make-up’ yang melampau sehingga menarik perhatian lelaki. Baju yang ketat, jarang, mendedahkan aurat dan sebagainya dipakai di pagi raya dengan penuh megah tanpa ada rasa takut pada Allah.

Hilang semua kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadan bila tibanya Syawal. Maksiat-maksiat sebegini dilihat semakin berleluasa di Hari Raya.

Raya
Gambar sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan insan di dalam gambar.

Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menyuruh umatnya berhias di pagi Syawal sehingga melupakan syariat Allah. Justeru, golongan ibu bapa haruslah memainkan peranan agar memastikan anak-anak perempuan mereka terutamanya tidak memakai pakaian yang ‘tidak manis’ dipandang.

Menjamu Makanan Raya Dengan Berlebih-Lebihan

Ramai orang Islam buat ‘Open House’ ketika musim raya. Jangan salah faham, amalan ini sememangnya bagus dan sangat-sangat bermanfaat.

BACA JUGA :   Tol PLUS, LPT2 Tawar Diskaun 50% Sempena Aidilfitri

Namun, janganlah sampai menghidangkan makanan terlalu banyak hingga mengakibatkan pembaziran. Apabila lauk-pauk banyak yang tidak habis, semuanya dibuang ke dalam longkang sahaja.

Jadi, janganlah kita melampaui batas hatta ingin menjamu orang makan sekalipun. Di dalam Quran juga ada disebut bahawa Allah sangat tidak menyukai orang yang melampaui batas.

Tuan rumah perlu pandai untuk mengagak kerana takut berlaku pembaziran. Membazir adalah amalan syaitan. Ingatlah saudara-saudara Islam kita yang kelaparan dan tidak cukup makan di negara-negara lain.

Sibuk Beraya & Melayan Tetamu Hingga Meninggalkan Solat

Raya

Kesibukan meraikan Aidilfitri tidak bermakna kita bebas untuk meninggalkan solat wajib 5 waktu sehari. Malangnya, masyarakat kita ada yang sanggup mengabaikan solat semata-semata kerana sibuk bersilaturahim. Demi Allah, sesungguhnya ini adalah salah satu kemungkaran yang amat besar.

Hukum meninggalkan solat wajib adalah haram, hinggakan sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja akan beroleh dosa paling besar. Dosa meninggalkan solat adalah lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, zina, mencuri, dan meminum arak.

Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.

Raya

Jadi, janganlah kita sesekali memandang ringan kewajipan solat ini. Raya-raya juga, tetapi solat haruslah dijaga.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here