Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Pastinya ada diantara kita telah berada di kampung halaman untuk menyambut lebaran bersama keluarga. Bagi mereka yang belum lagi memulakan perjalanan pulang ke kampung, ini ada berita baik untuk anda, terutamanya pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Aidilfitri

Sempena kedatangan 1 Syawal tahun ini, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menawarkan diskaun tol sebanyak 50% pada hari Rabu dan Khamis (13 dan 14 Jun).

Pemberian potongan harga sebanyak 50% itu berkuat kuasa dari 12.01 tengah malam Rabu (13 Jun) sehingga 11.59 malam Khamis (14 Jun).

Sekiranya anda mula memasuki lebuh raya pada 10 malam Selasa (12 Jun), dan keluar dari lebuh raya (membuat pembayaran tol) pada pukul 1 pagi Rabu (13 Jun), anda akan menikmati diskaun tersebut.

Aidilfitri

Tawaran diskaun tersebut bakal dinikmati di semua plaza tol di lebuh raya PLUS dan LPT2, kecuali di Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor.

BACA JUGA :   5 Perkara Bid’ah & Maksiat Yang Sering Diamalkan Orang Melayu Di Musim Raya

Diskaun istimewa ini ditawarkan kepada semua kelas kenderaan. Ia diberikan kepada pengguna secara langsung ketika anda membuat pembayaran atau melakukan transaksi bayaran tol dalam tempoh masa tersebut.

Di jambatan Pulau Pinang kadar bayaran tol dikenakan sebanyak 70 sen bagi kelas kenderaan satu, manakala bagi kelas kedua (RM3.50), kelas ketiga (RM6), kelas keempat (RM12.50), kelas kelima (RM22.50), kelas keenam (RM30) dan kelas ketujuh (RM37.50) pada 13 dan 14 Jun ini.

Disamping itu, pihak PLUS Berhad juga ada mengeluarkan cadangan jadual perjalanan (TTA) bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal disambut 15 Jun ini.

Dari 9 hingga 14 Jun, bagi pengguna yang datang dari arah Lembah Klang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara) dan Johor, disarankan mula memasuki lebuhraya terbabit sebelum jam 10 pagi.

Aidilfitri Manakala bagi yang mahu kembali ke Lembah Klang, dari tarikh 17 Hingga 24 Jun, PLUS mencadangkan supaya pengguna dari semua negeri memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 10 pagi.

BACA JUGA :   Denda Akan Dikenakan Jika Menunggang Basikal Di LebuhRaya

Jadual cadangan perjalanan ini bertujuan untuk mengagihkan trafik bagi mengelakkan kenderaan berkumpul dan “bertembung” di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama  dan akan menyebabkan kesesakan.

Jadikan, pastikan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan patuhi jadual yang dikeluarkan oleh PLUS bagi melancarkan pergerakan trafik di lebuh raya.

Aidilfitri

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

???

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here