Proses penuaan wajah merupakan proses yang pastinya akan dilalui oleh kebanyakan orang di dunia. Ia merupakan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Namun begitu, penuaan sebelum usia merupakan perkara yang amat ditakuti. Kewujudan bintik hitam dan garis-garis kecil menunjukkan bahawa wajah anda sedang mengalami proses penuaan walaupun anda masih belum mencapai usia 40 tahun.

Wajah yang cepat tua sebelum usia berkait rapat dengan amalan hidup seseorang. Mari lihat punca yang membuatkan wajah anda mengalami proses penuaan sebelum waktunya.

Wajah

Kurang tidur boleh menyebabkan wajah anda menjadi cepat tua. Semasa tidur, kulit akan mengalami pembaharuan.

Tidur yang tidak cukup menyebabkan sel-sel kulit yang tertentu tidak dapat diperbaharui seterusnya membuatkannya berkedut dan menjadi kusam.

Oleh yang demikian, pastikan anda mendapat tidur yang cukup supaya wajah anda tidak cepat menjadi tua sebelum usia.

#2. Terdedah dengan sinaran matahari tanpa sebarang perlindungan

Wajah

Wajah merupakan antara kawasan yang sering terdedah dengan persekitaran luar.

Apabila anda keluar rumah dalam keadaan tidak memakai krim pelindung matahari, sinaran matahari akan terpancar langsung ke kulit muka anda seterusnya merosakkan sel-sel kulit yang tertentu.

Oleh itu, pastikan anda memakai krim pelindung matahari sebelum keluar dari rumah untuk mengekalkan awet muda pada wajah anda.

#3. Kurang minum air

Wajah

Badan yang kekurangan air juga merupakan penyumbang utama kepada kedutan yang wujud pada kulit muka anda.

Antara kebaikan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari adalah untuk memastikan kulit sentiasa cantik dan tidak kering. Air sangat membantu dalam proses penyingkiran toksin dalam badan anda.

Dehidarasi boleh menyebabkan kegagalan penyingkiran toksin dan kesannya kulit akan berasa gatal dan bersisik.

#4. Kerap memakai mekap

Wajah

Pemakaian mekap yang agak kerap juga boleh menyebabkan anda mengalami proses penuaan sebelum tiba waktunya. Ramai di antara kita yang memakai alat solek namun jarang sekali untuk memeriksa kandungan yang ada di dalamnya.

Pemakaian mekap yang kerap boleh menyebabkan pori-pori muka anda tersumbat seterusnya menghalang kulit untuk bernafas dan berehat.

Oleh itu, pastikan anda meminimumkan pemakaian alat solek pada muka anda untuk mengelakkan muka anda menjadi cepat tua.

#5. Banyak makan makanan manis 

Wajah

Amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menimbulkan kedutan di wajah anda. Hati-hati sekiranya anda merupakan peminat tegar makanan manis dan sering mengambil makanan segera dan air bergas.

Gula yang terlalu banyak boleh menyebabkan berlakunya inflamasi dalaman dalam badan anda seterusnya menyebabkan kulit menjadi tidak cantik dan kusam.

Selain itu, kewujudan garis-garis halus juga akan mudah terbentuk lalu menyebabkan anda kelihatan tua sebelum usia.

Wajah

Oleh itu, ubahlah cara hidup anda untuk mengelakkan wajah anda kelihatan cepat tua sebelum tiba masanya. Hal ini kerana amalan seharian dalam kehdupan amat berkait rapat dengan kesihatan badan dan wajah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here