Waktu ‘Berbulan Madu’ PH Akan Tamat ?
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya bersiap sedia kerana akan tiba masa di mana rakyat mula hilang kepercayaan kepada parti itu dan perlahan-lahan berhenti menyokong mereka.
Di dalam satu temuduga bersama media antarabangsa, Tun M turut memberitahu bahawa kerajaan yang memerintah sekarang tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada pengaruh beliau dalam memenangi hati rakyat.
“Saya tidak akan selama-lamanya disukai rakyat. Suatu hari nanti saya akan dibenci kerana apabila anda berada dalam kerajaan, anda terpaksa melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh rakyat,
“Jadi, populariti saya bukanlah sesuatu yang kekal,
“Tetapi buat masa sekarang, rakyat lebih sukakan kerajaan di zaman saya berbanding zaman Najib”, ujar beliau.
Tidak dapat dinafikan, faktor dan pengaruh Tun M dilihat menjadi salah satu penyumbang kepada kemenangan PH menewaskan Barisan Nasional dalam PRU ke-14 yang lalu.
Meskipun pembangkang memenangi undi popular, Tun Mahathir berharap agar pimpinan PH melakukan tugas dengan sebaik mungkin dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh seluruh rakyat negara ini.
Sejak diberi kuasa untuk mentadbir Malaysia, Tun M mula melakukan beberapa pembaharuan untuk memulihkan kembali kemajuan ekonomi dan undang-undang demokrasi di negara ini.
Antaranya termasuklah membatalkan projek-projek China yang tidak mendatangkan keuntungan kepada negara, memberikan hak kebebasan media, memansuhkan akta-akta yang mengandung unsur diktator dan banyak lagi.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :