Teka-teki rakyat Malaysia mengenai rampasan aset milik Dato’ Seri Najib akhirnya terjawab. Nilai aset rampasan adalah dari RM 900 juta hingga mencecah RM 1.1 bilion.Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh membuat kenyataan mengenai proses pengiraan aset rampasan yang secara keseluruhannya memakan masa selama hampir sebulan.

Rampasan aset milik Dato’ Seri Najib berlaku ketika seluruh umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Antara aset rampasan yang menjadi buah mulut seantero netizen ketika itu ialah beg tangan Rosmah yang bernilai jutaan ringgit; Hermes Birkin.

bilion

Beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial berkata, seramai anggota siasatan dikerah untuk mengira aset rampasan walaupun pada ketika itu kita sedang menyambut Aidildilfitri. Pihak polis begitu teliti menjalankan siasatan sehinggakan kos rekabentuk barang kemas serta beg tangan milik Rosmah dikaji serta dinilai secara teliti.

“Menurut Amar Singh, lapan pasukan khas ditubuhkan melibatkan 150 anggota dan beberapa pakar barangan berjenama yang mengambil masa 36 hari untuk mengira nilai 12,000 jenis barangan kemas dalam 25 daripada 72 beg yang dirampas.”- Barang Rampasan Di Kediaman Najib Razak Bernilai Sekitar RM1.1 Billion, The Vocket, Salman Sazali, 27 Jun 2018

bilion

Nampaknya, kita harus berterima kasih kepada pihak polis yang sudi mengorbankan cuti lebaran mereka bagi mematikan khabar angin yang adakalanya kurang relevan. Bukan ssatu tugas yang mudah untuk mengira jumlah aset rampasan yang begitu besar, terutama sekali yang mencecah 1.1 bilion.

BACA JUGA :   Pendakwaan DS Najib: Bermulanya Perjalanan Sebuah Penentuan?

Berdasarkan laporan Berita Harian, antara barang dirampas Wang tunai RM116.7 juta, 12,000 barang kemas bernilai RM440 juta, 567 beg tangan yang membabitkan 37 jenama seperti Hermes, Prada dan Chanel bernilai RM51.3 juta, 423 jam tangan bernilai RM78 juta, 234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000 dan barang kemas dirampas pula termasuklah Rantai leher (1,409 unit), cincin (2,200 unit), Gelang (2,100 unit), Subang (2,800 unit), Kerongsang (1,600 unit) dan Tiara (14 unit).”- Barang Rampasan Di Kediaman Najib Razak Bernilai Sekitar RM1.1 Billion, The Vocket, Salman Sazali, 27 Jun 2018

bilion

Walaubagaimanapun menurut sumber daripada astro Awani, Dato’ Seri Najib menyatakan bahawa barang rampasan bernilai RM 1.1 bilion tersebut datangya dari hadiah dari pemimpin antarabangsa dan juga rakan taulan.

BACA JUGA :   Rosmah Disaman, Pemborong Emas Lubnan Tuntut Barang Kemas AS$15 juta

“Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin antarabangsa serta rakan-rakan peribadi.”-Astro Awani, 28 Jun 2018

Kita sebagai rakyat perlu bersikap rasional dan mengelakkan diri dari membuat sebarang andaian. Biarkan undang-undang yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah dalam hal ini. Jika benar aset bernilai RM 1.1 bilion ini benar-benar milik Dato’ Seri Najib apakah agaknya langkah kerajaan yang seterusnya?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here