“Syurga Dunia” merupakan jolokan yang amat sesuai dipadankan dengan keunggulan dan kegemilangan Dubai pada masa kini. Negara yang dahulunya diliputi oleh tanah tandus yang kering kini dipenuhi dengan beratus-ratus bangunan pencakar langit.

Dubai mempunyai sebab yang tertentu sehingga dicemburui oleh ramai orang. Jom ketahui apa sebab penting anda perlu cemburu dengan Dubai.

#1. Cara bersantai yang unik

Dubai
Sumber: http://grupunik.blogspot.com

Sekiranya anda terlalu penat bekerja ataupun ingin mengisi masa lapang, anda boleh mencari ketenangan dengan terapung di permukaan air dengan menggunakan papan luncur air dengan pengayuh di tangan.

Negara lain menjadikan aktiviti tersebut sebagai suatu aktiviti yang mencabar, namun rakyat negara popular ini hanya bersantai dengan cara yang sebegitu tanpa mengutamakan ciri-ciri keselamatan.

#2. Haiwan liar dan mahal sebagai peliharaan

DubaiNegara lain menjadikan haiwan yang tidak membahayakan seperti kucing dan juga arnab sebagai peliharaan, sementara di negara tersebut pula, mereka berkemampuan untuk mememelihara haiwan liar seperti harimau bintang dan juga singa.

Haiwan peliharaan tersebut selalunya dijadikan sebagai teman serumah, rakan bersiar-siar dan lambang kekayaan masing-masing.

#3. Kesesakan lalulintas menjadi kegemaran

Dubai

Masalah kesesakan lalulintas merupakan perkara yang paling ingin dihindari oleh kita semua. Apabila hampir kesemua rakyatnya jutawan dan mampu membeli bermacam-macam jenis kereta mewah, masalah kesesakan lalulintas merupakan sesuatu yang tidak dapat dihindarkan.

Namun begitu, bagi rakyat Dubai, mereka agak gemar dan tidak kecoh seperti di negara lain untuk meneruskan perjalanan kerana masing-masing akan mengambil kesempatan tersebut untuk mempamerkan kereta mewah ataupun haiwan peliharaan yang berada di dalam kereta kepada orang lain.

#4. Kehidupan seharian diselaputi dengan emas

Dubai
Sumber: http://mb.erabaru.com.my

Sudahlah rumah dan perhiasan dalaman rumah diselaputi dengan emas, tidak cukup dengan itu, kereta mereka juga diselaputi dengan emas dan berlian sepenuhnya.

Bukan sahaja kenderaan yang bersalut dengan emas, tetapi jika anda ke sana, seluruh jalan raya Dubai akan dilihat penuh dengan kereta mewah seperti kereta Ferrari, Lamborgini, Porsche dan sebagainya.

#5. Hidangan emas yang boleh dimakan

Dubai
Sumber: http://mb.erabaru.com.my

Bagi rakyat Dubai yang berkemampuan dan ingin bertukar selera, mereka boleh mendapatkan hidangan emas yang boleh dimakan walaupun ianya agak mahal. Mereka sanggup mendapatkan makanan yang mewah dan luar biasa asalkan ianya dapat  memuaskan hati mereka.

Kami percaya, pasti rakyat negara lain tertanya-tanya bagaimanakah keenakan hidangan emas di Dubai ini.

Secara umumnya, boleh dikatakan kebanyakan orang di dunia sangat mencemburui apa yang dimiliki oleh Dubai pada saat ini. Terdapat banyak lagi perkara aneh yang ada di Dubai yang mana tidak akan anda temukan di tempat lain.

Semoga informasi di atas dapat mengurangkan rasa pelik dan terkejut dalam diri anda apabila berkunjung ke Dubai nanti.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here