Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kini telah memuktamadkan senarai penuh menteri-menteri yang akan berada dalam Kabinet. Beberapa nama yang berpengaruh telah diberikan tanggungjawab untuk memegang portfolio kementerian masing-masing.

Mengikut jumlah, kesemua 28 menteri dan 24 timbalan menteri itu bakal menyertai jemaah menteri termasuklah beberapa wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Senarai tersebut tular di media sosial hari ini dan sudah disahkan sahih oleh sumber kerajaan.

Pengumuman ini akan melengkapkan senarai penuh jemaah menteri yang sudah diumumkan lebih awal terdahulu seperti Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan beberapa lagi jawatan lain.

Antara nama yang mencuri tumpuan adalah Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan, Teresa Kok sebagai Menteri Industri Utama dan Saifuddin Nasution sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Tun M Batalkan Projek Kereta Api Laju KL-Singapura
menteri dalam Kabinet
Senarai menteri-menteri baru dalam Kabinet. Kredit infografik : Daniel Abd Halim, The Malaysian Insight

Walaubagaimanapun, portfolio kementerian pengajian tinggi tidak diwujudkan dan hanya satu kementerian dipertanggungjawabkan ke atas pendidikan, diketuai oleh Dr Maszlee Malik.

Antara ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang dilantik ke portfolio utama adalah Darell Leiking sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan juga Baru Bian sebagai Menteri Kerja Raya.

Dua lagi ahli Parlimen Sabah, Liew Vui Keong dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Mohamad Din Ketapi sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan.

Sebahagian besar dari jemaah menteri tersebut juga dari PKR, termasuk Saifuddin Abdullah sebagai Menteri Luar, Dr. Xavier Jayakumar di portfolio air, tanah dan sumber asli.

Turut dilantik adalah Khalid Samad dari Amanah sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Mujahid Yusof Rawa di sebagai Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

BACA JUGA :   Alamak! MSN dan YB Syed Saddiq Bidas Tuduhan Irfan Shamsudin

Kesemua anggota jemaah menteri berkenaan dijangka akan mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada 2 Julai nanti.

Apa komen ada tentang pemilihan menteri-menteri kabinet yang terbaru ini ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here