news.nationalgeographic.com

Pernahkan anda mengetahui ataupun mendengar tentang Tasik Natron?

Apabila bercakap soal tasik, pasti semua orang membayangkan pemandangan yang cantik, air biru kehijauan yang sejuk serta tempat untuk melakukan aktiviti santai.

Namun, ciri-ciri tersebut jauh berbeza dengan Tasik Natron, Tanzania yang dipercayai menjadi pusat pengawet haiwan semula jadi. Tasik ini merupakan tasik yang langsung tidak berhubung dengan mana-mana laut ataupun sungai.

Ia terletak betul-betul di kaki gunung berapi menyebabkan airnya menjadi sangat panas mencecah 60 darjah selsius dan berwarna kemerah-merahan seperti api.

Tasik Natron

Nama ‘Natron’ diambil sempena nama bahan utama yang digunakan oleh masyarakat Mesir Kuno untuk mengawet mayat ahli keluarga dan pemerintah mereka pada zaman Firaun suatu ketika dulu.

Seorang jurugambar profesional, Nick Brandt telah datang ke tasik ini dan menjumpai terdapat banyak bangkai haiwan yang menjadi keras seakan-akan batu disekitarnya. Kesemua haiwan tersebut seolah-olah diawet namun pada logiknya, tiada siapa pun yang mengawet haiwan-haiwan tersebut dalam bilangan yang mencecah ratusan ribu.

Tasik Natron

Air tasik ini mengandungi kandungan alkali yang sangat tinggi, iaitu antara 9 hingga 10.5 pH dan menjadikannya suatu cecair yang sempurna untuk mengawetkan haiwan-haiwan yang terjatuh ke dalam tasik itu.

Apa yang unik, binatang yang mati itu dalam keadaan yang seakan-akan hidup seperti sedang terbang, berjalan, duduk, makan dan sebagainya.

Sumber: news.nationalgeographic.com

Kajian menunjukkan bahawa sebaik sahaja air Tasik Natron terkena pada badan hidupan ini, ia secara perlahan-lahan mengkakukan pergerakan, seterusnya mengeraskan daging haiwan tersebut lalu menukarkannya menjadi batu.

Tasik Natron

Namun begitu, kawasan sekitar tasik ini juga tidak kurang hebatnya apabila menjadi tempat pembiakan bagi burung flamingo jenis Lesser yang berhijrah ke kawasan ini untuk bertelur dan juga membiak.

Tasik Natron

Burung ini dikatakan sedang diancam kepupusan. Walau bagaimanapun, kandungan sodium karbonat dan garam nutrium yang sangat tinggi dalam air tasik menyebabkan timbulnya perancangan untuk pembinaan loji memproses soda berhampiran tasik ini.

Cadangan yang diusulkan oleh kerajaan Tanzania itu sememangnya dapat meningkatkan ekonomi wilayah tersebut sebagai pusat pengeluar terbesar dunia, namun ia dipercayai akan mengganggu tempat pembiakan burung ini.

Tasik NatronKesimpulannya, walaupun tasik ini mengandungi unsur yang agak menakutkan dan bahaya sehingga mampu mengubah hidupan menjadi batu sebaik sahaja terkena airnya, namun wilayah ini masih menjadi pusat pembiakan utama burung flamingo yang sedang diancam kepupusan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here