Syed Saddiq yang juga merupakan ahli parlimen Muar merupakan individu masih muda tetapi mempunyai kelantangan menyuarakan pandangan beliau kepada umum. Namun, kelantangannya itu mengundang Ketua Pemuda UMNO Pahang menegur sikapnya yang dianggap ‘jaga tepi kain UMNO’.

Mohd Shahar Abdullah yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Pahang mula menyuarakan bahawa Syed Saddiq perlu memberi tumpuan kepada pemilihan dirinya sebagai menteri belia dan sukan apakah usaha yang akan dilakukan untuk membantu para peminjam PTPTN bergaji RM4,000 ke bawah yang sedang mengharapkan janji PH pada PRU14.

saddiq

“Syed Saddiq perlu menjadi menteri belia bagi menumpukan usahanya membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bergaji RM4,000 ke bawah yang mengharapkan PH tunaikan janji mereka sebelum menang PRU14,” ujar Shahar.

“Beliau perlu sedar, ramai anak-anak muda yang menantikan satu juta peluang pekerjaan yang dijanjikan oleh PH, walaupun kerajaan kini sedang berusaha menggambarkan ekonomi negara seakan-akan tenat,” ujarnya lagi.

BACA JUGA :   KADAR TARIF AIR DJANGKA NAIK

Dalam pada itu, Shahar menegaskan supaya Syed Saddiq menjelaskan tentang perancangan akan datang untuk membantu anak-anak muda tanpa mengira bangsa bagi membantu mengurangkan kos sara hidup, pertambahan peluang pekerjaan dan pelbagai perkara yang dijanjikan.

Selain itu, Syed Saddiq sebelum ini mengatakan exco Puteri UMNO sebagai pembaris dan perkara ini menyebabkan Shahar perlu bangun untuk menyedarkan Saddiq supaya tidak menjaga ‘rumahtangga’ UMNO.

“Daripada menyibuk mengenai ‘rumahtangga’ UMNO dan sesedap mulut memanggil exco Puteri UMNO sebagai pembaris, adalah lebih baik jika Saddiq terus bersuara dalam PH terutama menegur pimpinan utama supaya tunai janji,” tambahnya lagi.

Tambah Shahar, alangkah lebih baik jika Syed Saddiq yang menjadi menteri belia kerana jauh lebih mudah berbanding Nik Nazmi Nik Azman dan membolehkan beliau menunjukkan taringnya.

BACA JUGA :   Akhirnya Harga Minyak Turun. Rakyat Gembira Dengan Pengumuman Ini.

saddiq

Syed Saddiq juga merupakan ahli parlimen Muar, dan merupakan pilihan majoriti netizan untuk menjadi menteri belia dan sukan, selain dua ahli parlimen PKR Nurul Izzah dan Nik Nazmi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

???

Facebook : Stokis JRM Johor.

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here