Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo bercadang untuk menggabungkan operasi antara dua agensi stesen berita utama negara; Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Penggabungan operasi itu dibuat bagi menjimatkan belanja operasi pada kedua-dua agensi berita terbabit dan hasil daripada penjimatan itu boleh digunakan untuk menjana kandungan berita dan media yang lebih baik dan bermutu seiring dengan perkembangan dunia dan permintaan penonton dalam Malaysia.

Stesen
RTM merupakan stesen media paling lama beroperasi di Malaysia (sumber gambar: wikipedia)

Menurutnya lagi, Bernama sudah mempunyai segala kemudahan yang diperlukan untuk meningkatkan mutu pengeluaran berita nasional dan ia tidak sepatutnya disia-siakan begitu sahaja. Segala kemudahan ini boleh digunakan untuk meningkatkan kandungan berita dan media bagi memenuhi cita rasa penonton kini.

Tambah Baik Kandungan

Rancangan penggabungan ini sebahagian daripada langkah untuk yang diunjurkan oleh pihak kementerian untuk mengubah imej dan perkhidmatan yang kini disediakan oleh RTM. RTM diberikan masa sehingga Disember ini untuk mengubah perkhidmatan dan imej bagi memastikan agensi berita kerajaan itu terus maju dengan kandungan yang lebih baik.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Ke Luar Negara Dengan Daulah Educonsult!
Stesen
Bernama merupakan saliran berita tunggal 24 jam di Malaysia (sumber gambar: ppim.org.my)

RTM yang telah beroperasi selama 72 tahun sejak tahun 1946 itu mengendalikan beberapa saluran televisyen seperti TV1, TV2, TV Okey, 6 buah stesen radio nasional, dan stesen radio yang terdapat di hampir kesemua negeri di Malaysia.

Penggabungan ini masih di peringkat rancangan tetapi kajian sudah dibuat oleh pihak yang dilantik oleh pihak kementerian. Segala keputusan berkenaan penggabungan ini akan berdasarkan hasil kajian yang te;ah dibuat.

Stesen
Wisma Angkasapuri, KL (sumber gambar: wikipedia)

Transformasi yang dicadangkan ini juga seiring dengan kemudahan Bandar Media yang bernilai RM 680 juta yang dijangka beroperasi April tahun depan. Gobind berkata, dia tidak mahu melihat RTM dengan wajah yang sama sejak dahulu dengan kemudahan yang serba baharu dan canggih.

BACA JUGA :   Statistik Dapati Ribuan Pelajar Di Bangku Sekolah Terjebak Dengan Najis Dadah, Di Mana Silap Kita ?

Penggabungan kedua-dua agensi berita ini dilihat mampu memberikan nafas baharu kepada RTM yang selama ini agak terkebelakang daripada segi kandungan media. Usaha ini juga merupakan antara usaha yang baik ke arah menyajikan kandungan berita yang lebih baik di masa depan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here