Setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan, seluruh umat Islam bakal menyambut hari kegemilangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sambutan Hari Raya lazimnya disinonimkan dengan dengan kemeriahan dan penuh perasaan gembira.
Jika anda merasakan Hari Raya kali ini bakal menjadi bosan dan biasa-biasa sahaja, anda tidak perlu khuatir. Terdapat beberapa tips ataupun perkara yang boleh anda lakukan untuk memeriahkan lagi sambutan 1 Syawal anda :
#1. Bagi Duit Raya Bersama Ilmu Bermanfaat
Sudah menjadi amalan masyarakat Melayu memberi duit kepada saudara-mara terdekat mahupun para tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Biasanya golongan kanak-kanak lah yang akan begitu menerima ‘duit raya’.
Tetapi, alangkah baiknya ketika memberi duit itu kita menyelitkan nasihat-nasihat berguna ataupun berikan buku-buku bermanfaat kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda.
#2. Reunion
Semakin meningkat dewasa semakin sukar untuk berkumpul semula dengan rakan-rakan sekolah, universiti ataupun rakan pejabat. Oleh itu, inilah masanya untuk anda membuat ‘reunion’ itu supaya dapat berjumpa setelah sekian lama tidak bersua muka.
Kumpul duit bersama rakan-rakan untuk mengadakan ‘reunion’ itu demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.
#3. Rumah Terbuka
Tidak dinafikan, dalam Islam kita disuruh untuk menjaga hubungan silaturrahim antara sesama saudara Islam, termasuklah sesiapa sahaja yang berada atau tinggal berdekatan dengan rumah kita.
Antara tips untuk merapatkan hubungan adalah dengan membuat majlis rumah terbuka. Majlis ini sungguh bermakna bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga memberi manfaat kepada mereka yang menerimanya.
#4. Kumpul Gambar Bersama Keluarga Dan Rakan-rakan
Menjelang Aidilfitri ramai yang menyediakan ruangan storan smarphone yang lebih banyak untuk bergambar atau berselfie bersama orang-orang tersayang.
Yang paling penting hargai mereka ini, ibu, bapa, kakak, abang dan adik-adik, kalau ada anak buah tu ajak sekali. Mereka adalah kekuatan anda, tanpa mereka tentunya hari raya Aidilfitri anda berasa sedikit kekurangan.
Gambar ini yang menjadi bukti kegembiraan saat-saat bersama mereka yang tersayang. Pilih gambar yang paling menarik kemudian framekan, kalau ada rezeki lebih tu perbanyakkan lah kemudian berikan kepada ahli keluarga yang lain.
Ini adalah antara tips luar biasa yang boleh anda lakukan sempena menyambut Hari Lebaran. Semoga tips ini dapat menjadikan suasana hari raya anda lebih ceria dan lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :
???