Baru-baru ini perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan pelantikan peguam baru Tommy Thomas selepas Mohd Apandi Ali diberi cuti rehat tanpa rekod 30 hari. Cadangan itu juga menyebabkan ketegangan berlaku antara kerajaan PH dengan Istana.

Pelantikan peguam negara yang baharu itu dibimbangi akan menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dan kepentingan orang Melayu di negara ini.

Sejurus kebimbangan itu berlaku, Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil meyakinkan bahawa pelantikan Tommy Thomas tidak akan menjejaskan kepentingan orang Melayu dan institusi Islam di negara ini.

tommy

Menurut beliau, sebaliknya peguam negara baharu itu harus mengikut segala ketetapan yang terkandung dalam Perlembagaan dan yakin perkara itu akan dipatuhi beliau.

BACA JUGA :   Jho Low Semakin Terdesak, Kini Larikan Diri Ke Macau

“Dia (Peguam Negara) tidak boleh langgar Perlembagaan Malaysia. Ini adalah kebimbangan yang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu dan ini keyakinan yang kita berikan kepada Raya-Raja Melayu bahawa Tommy Thomas tetap menjaga institusi Islam dan kepentingan orang Melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan,” ujar Anwar.

Beliau turut berkata, YDPA Sultan Muhammad V tidak mempunyai banyak masalah dan hanya mahu dua perkara iaitu institusi Islam dan kepentingan orang Melayu dijaga. Perdana menteri berhak memilih tetapi ia juga perlu mendapatkan pengesahan (tanda tangan YDPA) terlebih dahulu.

“Yang Di-Pertuan Agong tidak banyak masalah kerana baginda hanya mahu dua perkara itu dijaga. Baginda juga faham hak perdana menteri membuat cadangan tetapi ia berkuatkuasa setelah baginda menurunkan tanda tangan,” ujar Ketua Umum PH lagi.

BACA JUGA :   Tak Mampu Bayar Ikat Jamin, Najib Terpaksa Pajak Rumah Sebagai Jaminan

Sidang akhbar ketika itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Adly Zahari (AP Alor Gajah), Mohd Redzuan Yusof (Exco Pelancongan Dan Kebudayaan negeri), Muhammad Jailani Khamis dan pemimpin-pemimpin kerajaan PH negeri.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here