Hanya berbaki dua hari saja lagi sebelum Piala Dunia 2018 bermula iaitu pada 14 Jun. Masyarakat seluruh di seluruh dunia bakal menyaksikan pasukan tuan rumah, Rusia menentang Arab Saudi dalam kumpulan A.

Setelah berkerja keras mempertahankan pasukan masing-masing, akhirnya 32 pasukan terbaik berjaya berada di persaingan Piala Dunia 2018 kali ini. Rusia yang menjadi tuan rumah kali ini bakal menerima kunjungan dari pelbagai peminat setia bola sepak di seluruh seluruh dunia.

Kebanyakan pasukan mahu menjadi juara dalam persaingan kali ini. Selain itu tiga trofi ini juga bakal menjadi rebutan para pemain pada aksi piala dunia kali ini, iaitu;

Golden Boot

Golden boot ini bakal dimiliki oleh pemain yang berjaya menghasilkan jaringan terbanyak sepanjang perlawanan Piala Dunia itu berlangsung. Hadiah individu ini akan diperolehi kepada penjaring terbanyak yang berbentuk kasut disaluti emas.

Ketika Piala Dunia 2014 yang lalu, pemain berasal dari Columbia, James Rodriguez menerima hadiah trofi ‘Golden Boot’ itu selepas berjaya menghasilkan gol terbanyak, sekaligus mengatasi pemain lain seperti Ronaldo, Messi, Neymar.

BACA JUGA :   Lionel Messi Akan Kekal Bersama Kelab Barcelona
Golden Ball

Bergelar ‘Man of the Match’ bakal menerima hadiah trofi sebiji bola disaluti emas. Pada Piala Dunia 2014 trofi itu dimenangi oleh Lionel Messi, yang juga merupakan kapten pasukan Argentina. Namun pada kali ini siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemilik ‘Golden Ball?’

Messi juga berjaya mendapat gelaran ‘Man of the Match’ sebanyak empat kali daripada tujuh perlawanan yang disertainya.

Golden Glove

Tidak dilupakan kepada para penjaga gawang pasukan turut menerima habuan sekiranya beraksi lebih baik dari individu lain. Penjaga gawang mempunyai tanggungjawab sangat besar kerana individu inilah yang menjadi benteng terakhir pasukan.

Sekiranya gagal menyelamatkan gawang maka itu adalah satu kekecewaan yang bakal dipikul bersama pasukan. Oleh itu, penjaga gol terbaik juga akan menerima trofi berbentuk sarung tangan disaluti emas atau ‘Golden Glove’.

Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik pada tahun 2014 ata aksi cemerlangnya menyelamatkan bola sepakan pihak lawan daripada memasuki gawang.

BACA JUGA :   England Menumpaskan Sweden: Hadiah Buat David Beckham

Siapakah yang akan dinobatkan sebagai pemilik trofi berkenaan untuk Piala Dunia kali ini? Komen sikit, adakah benar tekaan anda kali ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

???

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here