Anda ingin melancong tetapi bajet anda seperti tidak dapat membenarkan hasrat anda itu? Di dalam penulisan ini akan diberikan tip-tip yang boleh anda buat untuk menjimatkan belanja anda ketika anda sedang travel
#1. Elakkan mengembara waktu cuti umum dan cuti sekolah.
Waktu cuti sekolah dan cuti umum adalah antara masa yang sepatutnya anda elakkan untuk travel. Selain daripada kesesakan di atas jalan raya dan juga di stesen pengangkutan, tempat-tempat yang menjadi tarikan di lokasi percutian juga akan sesak.
Anda sudah pasti tidak mahu percutian anda hancur atau ‘turned off’ hanya kerana kesesakan yang terpaksa anda hadap di awal-awal waktu travel.
Ada juga pengusaha yang mengambil kesempatan dengan menaikkan apa sahaja khidmat atas alasan waktu puncak.
Susah untuk dilakukan? Rancanglah masa percutian anda sebaik mungkin dan kalau anda perlu memohon cuti, anda sudah tahu bila masanya anda perlu untuk melakukannya.
#2. Pilih lokasi yang kurang popular tapi masih menarik untuk dikunjungi.
Selain daripada memilih waktu yang sesuai, pemilihan tempat yang sesuai juga boleh elakkan anda daripada bersesak dengan pengunjung lain.
Seluas-luas lokasi pelancongan anda, semetinya masih ada banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi dan mengelakkan diri anda daripada berhimpit dengan orang ramai.
Bagaimana nak tahu tempat yang sebegini, anda boleh boleh research terlebih dahulu sebelum anda pegi melancong. Sekarang kan mudah untuk tahu pelbagai maklumat.
Anda juga boleh bertanya kepada orang tempatan tentang tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan kurang orang.
#3. Bawa makanan sendiri
Antara kos yang paling tinggi ketika melancong adalah makan. Harga makanan yang dijual di restorn ada kalanya agak mahal dan boleh merosakkan bajet anda.
Salah satu caranya untuk jimat adalah dengan membawa makanan anda sendiri. Makanan kering yang boleh bertahan lama seperti mi segera, bubur segera, biskut, minuman pracampuran. Tempat penginapan anda mesti ada menyediakan pemanas air untuk memudahkan anda memasak makanan kering ini.
Ini tidak bermakna anda tidak boleh makan di luar tetapi ini adalah salah satu cara untuk memaksimumkan perbelanjaan anda supaya duit yang ada boleh disimpan untuk tujuan lain. Kalau sekali dua hendak merasa makanan kedai, tak salah.
#4. Lakukan aktiviti yang percuma
Antara aktiviti paling mudah dan percuma untuk anda lakukan semasa melancong adalah berjalan. Nikmati permandangan sambil anda boleh bersenam. Bagus kan?
Anda boleh memilih untuk bersiar-siar di kawasan kampung dan memerhati cara mereka menghabiskan masa terluang mereka. Hanya senyum dan beramahlah bersama mereka. Berkemungkinan layanan yang diberikan akan menjadi kenangan yang paling unik.
Kalau anda melancong berdekatan pantai, ambil kesempatan dengan bersiar-siar. Pantai yang berbeza mempunyai permandangan yang berbeza. Anda juga boleh memilih untuk berjalan-jalan di taman awam dan galeri.
#5. Bawa snek ketika bersiar-siar
Nak jimat belanja makan ketika bersiar-siar, bawa saja snek. Paling mudah, buah-buahan seperti pisang dan epal. Ini merupakan antara cara untuk mengawal diri daripada membeli makanan yang tidak sepatutnya.
Snek buah juga murah, sedap, dan menyihatkan. Kalau disimpan dengan betul, ia boleh bertahan lama.
Cadangan snek lain seperti roti rol yang murah dan mudah untuk didapati di mana-mana kedai runcit. Ia juga mudah untuk dibawa di dalam beg.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels