Ini adalah 5 lokasi tarikan utama Kuching, Sarawak yang menjadi destinasi pilihan anda untuk bercuti dan bersantai bersama ahli keluarga dan juga teman-teman. Antara 5 destinasi menarik untuk anda kunjungi ialah:

Kuching

#1. Kuching Waterfront

Kuching

Bosan dengan percutian ke pantai? Disini anda boleh bertukar selera tempat peranginan dari pantai ke sungai. Peluang keemasan ini adalah waktu yang sesuai bagi anda menyusuri Sungai Sarawak yang merupakan nadi negeri bertuah itu dengan menaiki bot tambang.

Anda patut datang sendiri dan lihat panorama indah Kuching Waterfront ketika waktu malam. Pasti anda akan terpukau dengan kecantikan pemandangan lokasi ini.

#2. Rumah Panjang

Kuching

Bagi orang semenanjung, terutamanya yang berasal dari bandar-banadr utama, ini adalah masa terbaik untuk anda keluar dari pemandangan kawasan perumahan teres,  pangsapuri dan mencuba sesuatu yang baru. Anda boleh melawati rumah panjang bagi merasa sendiri keunikan masyarakat di Sarawak yang mempunyai lebih daripada 20 etnik!

#3. Kuching Cat Museum

BACA JUGA :   Percutian Hujung Tahun Di Ladang Bunga Matahari Di Thailand

Kuching

Bagi pencinta kucing, anda wajib berkunjung ke muzium ini. Terletak di aras ground floor dalam Dewan Bangunan Bandaraya Kuching (DBKU), muzium yang ditubuhkan semenjak 1993 itu dibuka dari 9a.m-5 p.m.

Anda boleh masuk secara percuma tetapi jika anda ingin menggunakan kamera untuk mengabadikan momen-momen manis, bayaran sebanyak RM 3 dikenakan untuk penggunaan kamera manakala RM 5 untuk menggunakan perakam video.

#4. Syurga Makanan

Kuching

Lapar? Jangan risau. Sarawak menawarkan pelbagai jenis makanan daripada yang tradisional hinggalah yang hipster. Semuanya boleh didapati di bandar Kuching. Antara makanan yang terkenal adalah hidangan Mi Kolok Sarawak, Laksa Sarawak dan pelbagai lagi. Syahdu bukan sekiranya sepetang di Bandar Kuching ditemani Kek Lapis Sarawak asli dan secawan teh panas?

#5. Sarawak Cultural Village

Kuching

Tanah seluas 17 ekar ini diisi dengan 7 rumah tradisional masyarakat Sarawak yang menampilkan sisi tradisi, sejarah dan keunikan seni binanya. Antara tarikan lain di perkampungan ini ialah Rainforest Music House, Persada Alam, Persada Ilmu dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Cari Ketenangan Anda Di Hutan Lipur Jeram Toi, Negeri Sembilan

Kuching

Disini adalah syurga bagi pencinta budaya. Pelbagai pameran diadakan seperti:

  • pertunjukan budaya
  • taman seni arca
  • kedai barangan kraftangan
  • Taman herba
  • Beauty and Class in Sarawak Beads
  • Tuku Kame

Banyak bukan lokasi menarik di Kuching? Bukan calang-calang bandar. Anda tidak sahaja disajikan hiburan semata-mata, malah pengalaman ini boleh menambahkan pengetahuan am tentang masyarakat di bumi Kenyalang itu. Selamat bercuti!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here