Perniagaan online semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat masa kini tidak kiralah peniaga mahupun pembeli. Ia bukan sahaja menjimatkan masa kedua-dua pihak, tetapi juga boleh dijalankan di mana-mana sahaja.

Namun begitu, terdapat segelintir pelanggan online yang mengamalkan sikap yang kurang baik sehingga menjengkelkan peniaga di luar sana. Kepada pelanggan online tegar di luar sana, jom tengok apa sikap buruk yang mungkin anda pernah lakukan tanpa sedar ketika membeli barang.

#1. Terlalu banyak bertanya

pelanggan

Tidak salah untuk bertanya tentang produk dan servis yang ditawarkan, namun janganlah bertanya dengan terlalu banyak dan berulang kali bertanya tentang perkara yang sama.

Ada juga pelanggan yang bertanya tidak kira masa dan jika peniaga tersebut terlewat untuk menjawab soalan mereka, tiba-tiba saja membatalkan niat untuk membeli barangan berkenaan. Ingat, pelanggan bagi peniaga tersebut bukan anda seorang.

#2. Tidak membaca spesifikasi produk dengan teliti

pelanggan
Contoh iklan produk dengan butiran . Gambar hiasan

Kebanyakan daripada pelanggan di luar sana hanya tertarik dengan gambar iklan sesuatu produk, namun amat malas untuk membaca tentang penerangan produk pada paparan iklan tersebut. Kesannya, mereka akan terus menghubungi peniaga berkenaan dan mengajukan bermacam-macam soalan.

Antara perkara yang selalu ditanya walaupun telah ada dalam paparan iklan produk adalah saiz, kandungan, khasiat produk dan banyak lagi. Jika anda antara pelanggan yang ada sikap begini, tolong ubah.

BACA JUGA :   Cara Mudah untuk Anda Pesan Makanan Menerusi Aplikasi SAFER Food

#3. Minta diskaun dan caj pengeposan yang percuma

pelanggan

Ada juga pelanggan yang suka meminta-minta peniaga memberikan harga diskaun walaupun sudah sedia maklum tempoh pemberian diskaun telah tamat. Lebih parah lagi, ada di antara mereka yang berani-berani meminta caj pengeposan yang percuma daripada peniaga.

Kasihan peniaga di luar sana. Itu belum dikira lagi yang selalu membanding-bandingkan harga produk A dengan produk B sampai boleh mengundang rasa marah peniaga.

#4. Lewat buat pembayaran

pelanggan

Sesetengah pembeli juga sering memberikan janji kosong untuk membuat pembayaran pada masa yang ditetapkan namun, setelah ditunggu-tunggu, tiada juga bukti pembayaran. Hal ini membuatkan peniaga terpaksa follow-up dari masa ke semasa untuk bertanya bila mereka nak buat pembayaran.

Kasihanilah peniaga tersebut. Mereka benar-benar ingin membantu anda untuk pengeposan pada hari tersebut supaya anda memperoleh barangan pada masa yang sepatutnya.

Lebih parah lagi, ada juga pembeli yang lambat buat pembayaran dan akhirnya cancel untuk membeli barangan tersebut.

#5. Tempat COD yang tidak tetap dan berubah pada saat penghantaran

pelanggan

Perkhidmatan COD amat disukai oleh kebanyakan pembeli kerana selain dapat memperoleh barang dengan cepat, mereka juga dapat menjimatkan wang daripada caj pengeposan.

BACA JUGA :   SAFER Ride Mengutamakan Keselamatan Anda

Namun begitu, terdapat sesetengah pelanggan yang selalu mengubah lokasi COD dan lebih parah lagi, mereka akan menukar lokasi tersebut pada saat akhir. Hal ini boleh menyulitkan peniaga kerana peniaga mungkin sudah ada perancangan lain selepas proses COD.

pelanggan

Oleh itu, jika anda merupakan pembeli barangan online tegar dan telah melakukan beberapa hal di atas, anda mempunyai masa untuk berubah kearah yang lebih baik. Memang benar bahawa pelanggan merupakan ‘raja dalam sesebuah perniagaan’, namun peniaga online juga terdiri daripada manusia biasa dan bukannya robot.

Namun demikian, terdapat juga segelintir pelanggan yang mengamalkan sikap yang baik dan sentiasa memudahkan urusan pembelian.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here