Melancong bukan alasan untuk yang menyebabkan kesihatan terabai. Ini adalah 5 tips kesihatan yang perlu anda berikan perhatian sepenuhnya sewaktu melancong.

melancong

#1. Banyakkan Pengambilan Air Kosong

melancong

Kenderaan memerlukan minyak, begitu juga manusia memerlukan air. Pengambilan air yang banyak dapat membantu proses pengekalan suhu badan yang baik bagi mengelakkan anda demam ketika melancong dan juga mudah lesu.

Jika hari biasa anda minum lebih kurang 8 gelas air sehari, anda perlu lebihkan jumlah air yang diminum. Pengambilan air amat penting untuk mengelakkan dehidrasi ketika melancong dan memudahkan perjalanan bendalir dalam badan.

#2. Elakkan ‘jajan’

melancong

Makanan ringan seperti keropok dan kerepek sememangnya sedap untuk dimakan ditambah pula dengan rasa yang cukup padat dari bahan penambah perisa dan sebagainya.

Walaubagaimanapun anda seharusnya mengelakkan pengambilan ‘jajan’ yang berlebihan, Gantikan pilihan snek anda dengan pilihan yang lebih sihat seperti makanan tinggi serat, kekacang dan buah-buahan.

#3. Tidur Yang Mencukupi

BACA JUGA :   Puncak Bromo Sajikan Ketenangan

melancong

Merasa teruja untuk berjalan kesana-sini dan berseronok adalah perkara yang normal. Namun mohon kawal rasa teruja anda. Jangan berseronok secara melmpau sehingga mengabaikan waktu tidur.

Badan kita memerlukan rehat secukupnya. Jadi, anda sepatutnya tidur apabila badan merasa letih. Elakkan memaksa badan anda melakukan aktiviti ketika merasa begitu letih dan tidak berdaya.

#4. Awasi pemakanan anda

melancong

“Anda adalah apa yang anda makan” begitulah umpamanya. Semua orang sukakan makanan. Tetapi perlu diingatkan bahawa ‘Food Coma’ akan memberikan mudarat pada diri anda. Makan secara berpada-pada dan elakkan diri dari terlalu kenyang.

Apabila anda terlalu kenyang, potensi untuk mengalami masalah penghadaman, sakit perut dan peningkatan kolestrol dalam darah. Pantau pengambilan makanan anda bagi mengelakkan sebarang masalah ketika melancong.

#5. Sediakan bekalan ubat secukupnya

melancong

Ketika melancong kita selalunya terdedah dengan keadaan persekitaran yang berbeza dari hari-hari biasa. Kadang-kadang badan kita akan mengalami kejutan seperti demam, ruam dan selesema.

BACA JUGA :   Apa yang Menarik di Indonesia?

Bagi mengatasi masalah sebegini anda boleh sediakan bekalan ubat-ubatan sepert paracetamol, ubat tahan sakit, ubat tahan mabuk/muntah dan ubat cirit birit. Bekalan ubat ini selalunya amat berguna ketika kecemasan sekiranya kita berada di kawasan yang jauh dari khidmat perubatan seperti klinik dan hospital.

melancong

Dengan kehadiran tips-tips berguna seperti ini diharapkan anda boleh menikmati percutian anda dengan sihat dan selamat disamping orang yang tercsayang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here