khazanah

Kerajaan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) kini dilihat seolah-olah memungkiri janji mereka semasa PRU-14 yang lalu apabila melantik ahli politik untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah baru bagi menerajui Khazanah Nasional Bhd.

Itu adalah bertentangan dengan prinsip yang dinyatakan PH sebelum ini yang mendesak agar tiada lantikan politik di dalam badan-badan GLC, seperti yang ditulis dalam manifesto PH.

Khazanah

Pakatan Harapan memutuskan untuk melantik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi Khazanah berkuatkuasa serta merta. Selain itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, bekas CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin juga dinamakan selaku barisan ahli lembaga pengarah badan tersebut.

BACA JUGA :   AZMIN ALI IBARAT MENANG DALAM KALAH

Sekiranya benar PH mahu mengambil lantikan politik, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan kenapa Menteri Kewangan tidak dinamakan sebagai salah seorang pengarah sedangkan Khazanah adalah dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Khazanah
Barisan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd.

Sebelum ini, Tun Mahathir menegaskan bahawa objektif utama Khazanah adalah untuk membantu golongan bumiputera. Beliau juga menjelaskan Khazanah akan menjual saham keuntungan syarikat-syarikat yang dimiliki badan itu kepada pemilik-pemilik bumiputera.

Bertitik-tolak daripada itu, timbul sedikit kerisauan kerana bimbang perkara yang pernah berlaku di masa lalu akan berlaku lagi, di mana kebanyakan aset-aset mewah kerajaan diserahkan kepada beberapa individu yang merupakan kroni-kroni dan proksi kerajaan.

Apa-apapun, diharapkan agar pelantikan ahli lembaga pengarah yang baru ini dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti yang bukannya hanya mahu menebalkan poket sendiri sedangkan rakyat terus tertindas.

BACA JUGA :   Ini Mungkin Sebab Kenapa Jamal Yunos Hilang Dari Tahanan Polis

Khazanah

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here