Sedar tidak sedar, sudah tiga minggu Syawal bersama kita. Sambutan Hari Raya seharusnya menjadi sesuatu yang indah dan bermakna bagi semua orang. Namun, kebelakangan ini, banyak media sosial yang memaparkan tentang kes anak-anak tidak behave apabila beraya di rumah orang.
Awal Syawal, kita dikejutkan dengan berita TV plasma jatuh lalu pecah berderai disebabkan oleh anak tetamu yang datang beraya. Kanak-kanak yang terlalu hiperaktif dan tidak dapat dikawal itu berlari ke sana dan ke mari sehingga melanggar TV tersebut.
Kejadian ini menimbulkan kesan yang mendalam terhadap tuan rumah kerana usaha beliau untuk mengumpul gaji selama beberapa bulan lamanya semata-mata untuk membeli TV tersebut hanya terlihat hasilnya selama dua bulan sahaja.
Tuan rumah tersebut juga telah meminta ganti rugi terhadap ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan kes tersebut diusahakan untuk diselesaikan pada hari itu juga.
Tidak berapa lama kemudian, kes empat ekor anak kucing mati direndam air juga mendapat perhatian daripada netizen di seluruh Malaysia.
Anak kucing yang comel itu pada asalnya tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan sangat aktif bermain tiba-tiba mati kerana direndam di dalam tong yang penuh dengan air. Tuan rumah menyangka bahawa anak-anak tetamunya memberikan kucing tersebut air untuk diminum, namun sangkaannya meleset apabila kesemua kucing tersebut mati kaku di dalam tong berair itu.
Hal ini melahirkan rasa sedih dalam hati tuan rumah dan juga anak-anaknya yang sangat sayang akan binatang peliharaan tersebut.
Terkini, hampir satu kolam ikan menemui ajal akibat sikap anak-anak tetamu yang datang beraya.
Anak-anak tetamu yang datang itu dikatakan menuangkan makanan yang terlalu banyak ke dalam kolam tersebut menyebabkan banyak ikan yang mati akibat terlebih makan.
Apa yang berlaku seharusnya dijadikan iktibar dan pengajaran buat semua ibu bapa di luar sana. Netizen juga tidak seharusnya menfitnah ibu bapa kanak-kanak berkenaan dengan melabelkan mereka tidak pandai mendidik anak kerana sudah pasti semua orang juga tidak menginginkan perkara seperti itu berlaku.
Setiap kerugian yang dihadapi oleh tuan rumah haruslah diambil kira oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan memberikan bantuan setakat mana yang mampu agar silaturrahim yang terjalin dapat terus dikekalkan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :