Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Selepas PRU-14 boleh dikatakan rasa tidak puas hati masih merusuh dalam diri rakyat. Keputusan sudah keluar, apa lagi agaknya yang rakyat mahukan?

Ada empat penjuru yang wujud dalam kalangan rakyat. Ada yang fanatik, neutral, ‘sesumpah’ dan juga mereka yang langsung tidak ambil peduli.

rakyat

Apabila kerajaan terdahulu memerintah, katanya semua serba tidak kena baik dari segi struktur dan masalah dalaman. Setelah kerajaan berubah rakyat masih tidak puas hati. Apa yang rakyat mahukan sebenarnya?

Dalam konteks ini kita dapat melihat situasi yang ada umpama sebuah permainan badminton. Kedua pihak saling berbalas pukulan. Sampai bila keadaan hendak reda?

rakyat

Dalam membangunkan negara kedua-dua pihak sepatutnya berkerjasama, berfikir secara rasional dalam menyeimbangkan kuasa dalam Dewan Rakyat kerana tiap-tiap pemerintah merupakan wakil suara rakyat.

BACA JUGA :   Berbelas Lagi Tokoh Korporat Pro-BN Akan Dibuang Dalam 50 Hari Pertama PH Memerintah

Satu-satu perubahan jika hendak dilakukan bukan bersifat mendadak. Jika sesebuah perancangan atau manifesto hendak dilakukan.

rakyat

Seharusnya sesebuah pihak membuat kajian terlebih dahulu tentang baki hutang yang ditinggalkan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan terlebih dahulu. Bukankah itu asas sebelum sesebuah janji diutarakan?

Baik dari segi pembangkang mahupun kerajaan, sekiranya sesuatu perkara hendak dilaksanakan hendaklah rakyat diberi penjelasan sejelas-jelasnya baik dari segi semua peringkat lapisan masyarakat.

rakyat

Apa yang hendak diselindungkan sekiranya sesuatu pelaksanaan itu tidak mempunyai sebarang unsur tersembunyi?

Kedua-dua pembangkang dan kerajaan seharusnya mencari titik persamaaan dan gunakan perbezaan pendapat itu sebagai cara untuk memperbaiki kelompongan yang ada dalam parti masing-masing.

rakyat

Akhir kata, Malaysia sudahpun mencapai usia lebih dari lima dekad. Tiada apa lagi yang diharapkan selain kematangan yang seiring dengan negara yang semakin membangun dari hari ke hari.

BACA JUGA :   Tok Mat & Khaled Nordin Terpaksa Dikorbankan Demi Jatuhkan Najib

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

 

Facebook Comments