Kredit foto: http://www.astroawani.com

Mohamad Ariff sah speaker Dewan Rakyat

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan bahawa bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof merupakan Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

11 Julai yang lalu, muncul ura-ura yang mengatakan bahawa Pakatan Harapan berkemungkinan tidak menolak Mohamad Ariff sebagai speaker Dewan Rakyat kerana beliau merupakan calon yang amat berpotensi untuk menyandang jawatan tersebut.

Speaker Dewan Rakyat
Mohamad Ariff, Speaker Dewan Rakyat yang baharu. Kredit foto: http://www.bernama.com

Sumber tertentu telah memberitahu bahawa beliau merupakan calon utama untuk jawatan tersebut dan pelantikan tersebut akan diumumkan secepat yang mungkin.

Calon paling berpotensi

Datuk Muhammad Ariff merupakan Hakim Mahkamah Rayuan yang sangat berpengalaman, adil, dan berakauntabiliti. Rekod pencapaiannya sepanjang perkhidmatannya juga menunjukkan pencapaian yang amat cemerlang.

Speaker Dewan Rakyat
Merupakan calon paling layak sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kredit foto: http://www.airtimes.my

Beliau juga merupakan ketua jawatankuasa disiplin AMANAH. Dengan rendah hati, beliau menunjukkan reaksi spontan apabila bersyukur dan berterima kasih atas pelantikan tersebut.

BACA JUGA :   Beberapa DUN Mula Bersidang Pada Ogos, Parlimen Sudah Cukup Kelengkapan

Kegagalan HARAPAN menghantar nama pada masa yang ditetapkan

Namun demikian, HARAPAN dikatakan tidak mematuhi peraturan mesyuarat yang mana nama tersebut sepatutnya dihantar 14 hari sebelum Parlimen memulakan sidang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah berkata HARAPAN hanya memutuskan nama speaker baru pada 9 Julai, bermakna mereka gagal mematuhi syarat 14 hari tersebut.

Speaker Dewan Rakyat
Timbalan perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah. Kredit foto: sirapsuam.com

Namun begitu, kenyataan yang berbeza dikeluarkan oleh Menteri Datuk Liew Viu Keong dan mendakwa bahawa HARAPAN telah pun menghantar nama pada 2 Julai iaitu sebelum tempoh yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia haruslah menunggu keputusan yang seterusnya kerana persidangan Mesyuarat Pertama Parlimen Ke-14 yang dijadual akan berlangsung  selama 20 hari, bermula hari ini.

BACA JUGA :   Beberapa DUN Mula Bersidang Pada Ogos, Parlimen Sudah Cukup Kelengkapan
Speaker Dewan Rakyat
Persidangan Mesyuarat Parlimen. Kredit foto: http://www.kosmo.com.my

Antara agenda persidangan tersebut adalah pelantikan Speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here