Anda merupakan lepasan berikut; SPM, STPM, Matrikulasi, STAM, atau diploma? Anda hendak menyambung pelajaran ke luar negara tapi tidak pasti hendak ke mana? Tidak perlu berfikir panjang lagi kerana Turki adalah destinasi yang patut anda pilih jika hendak sambung belajar

Dalam banyak-banyak negara di Eropah, kenapakah Turki yang sepatutnya menjadi pilihan utama anda untuk menyambung pengajian? Selain daripada warisan sejarah yang menjadi lanskap Turki, ada beberapa lagi sebab Turki sepatutnya menjadi pilihan anda.

#1. Yuran Pengajian Yang Murah

Turki
Yuran pengajian di Turki merupakan antara yang termurah di Eropah (Sumber: inc.com)

Nak belajar di luar negara mesti kena sediakan duit yang banyak, kan? Sampai kena bergolok gadai semata-mata untuk “survive” dan bayar yuran pengajian di sana? Pasti perkara ini berlegar dalam fikiran anda, bukan? Untuk itu, anda tidak perlulah terlalu risau.

Yuran pengajian di Turki adalah antara yang termurah. Bayangkan, belajar satu semester di sana dengan yuran serendah RM 300.00 mengikut tukaran Ringgit. Kalau dicampur dengan segala macam pembiayaan, yuran pengajian masih sama dengan kos belajar di IPT tempatan.

Yuran pengajian universiti awam di Turki juga telah diiktiraf sebagai antara yang termurah di Eropah (Sumber: study.eu).

#2. Bantuan Biasiswa Untuk Pelajar Antarabangsa.

(Sumber gambar: ditiblyon.fr)

Walaupun yuran dah murah tapi masih rasa di luar kemampuan? Jangan risau kerana kerajaan Turki ada menawarkan bantuan biasiswa di bawah kerajaan Turki sendiri untuk pelajar antarabangsa.

Biasiswa tersebut; Türkiye Burslari Scholarship merupakan biasiswa khas untuk pelajar antarabangsa Biasiswa ini bertujuan untuk membina rangkaian pemimpin masa depan komited untuk mengukuhkan kerjasama dan persefahaman antara negara dan masyarakat.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Jalan ke Universiti Al-Azhar

Antara faedah biasiswa ini adalah yuran pengajian, wang saku, tiket penerbangan tunggal kelas ekonomi di kedua-dua awal dan akhir program, tempat tinggal percuma, satu tahun kursus bahasa Turki, insurans kesihatan umum, serta program sokongan budaya/akademik yang dianjurkan oleh Turkiye Biasiswa.

#3. Tarikan Tempat Menarik di Turki

Hagia Sophia, tarikan utama di Turki (Sumber gambar: travelshopturkey.com)

Turki terletak di tengah-tengah antara benua Eropah dan Asia. Jadi, kita boleh melihat lihat pelbagai pertembungan budaya pada warisan kebudayaan, seni bina, dan sosial yang menarik untuk dilihat.

Di Turki juga banyak terdapat tinggalan bangunan dan kebudayaan daripada kerajaan Islam terdahulu yang menjadi tarikan pelancong untuk ke sana. Para pelajar di sana juga tidak ketinggalan merasai tarikan ini secara sendiri.

#4. Kos Sara Hidup Yang Rendah

Turki
Turkish Lira (Sumber gambar: financialtribune.com)

Masih memikirkan tentang kewangan ketika belajar di sana? Rasanya anda sudah boleh untuk menamatkan kerisauan anda kerana fakta seterusnya akan membuatkan anda untuk terus berminat belajar di sana.

Di Turki, kos sara hidup di sana adalah antara yang terendah. Kadar tukaran Turki Lira (TL) dan Ringgit Malaysia tidaklah jauh berbeza, jadi pembiayaan belanja itu tidak menjadi masalah.

#5. Pelbagai Bidang Pengajian Untuk Dipilih

belajar
(Sumber gambar: blog.credit.com)

Apabila disebut sambung belajar di Turki, pasti anda memikirkan pengajian yang berkaitan dengan agama sahaja, bukan? Tetapi, tahukah anda terdapat banyak lagi bidang pengajian yang boleh dipilih?

BACA JUGA :   Sambung Belajar Ke Luar Negara Dengan Daulah Educonsult!

Pengajian Islam dan Sejarah menjadi pilihan utama pelajar yang ingin menlanjutkan pelajaran ke sana. Tetapi ada juga bidang lain yang boleh dipilih sekiranya anda bukan berasal daripada latar belakang agama.

Antaranya seperti pengajian tekstil, pengajian seni bina, pengajian bahasa Inggeris, pengajian sosiologi, kebudayaan, dan pelbagai lagi yang boleh dipilih. Setiap universiti akan menawarkan pengajian yang berbeza.

Walau bagaimana pun, setiap pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Turki perlu lulus ujian YÖS dahulu. Ujian ini terdiri daripada 45 soalan IQ dan 35 soalan matematik serta ujian bahasa Turki.

#6. Dasar Kerajaan Yang Mesra Pelajar Antarabangsa

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan (Sumber gambar: independent.co.uk)

Kerajaan Turki sangat mengalu-alukan pelajar asing untuk belajar di sana. Terdapat pelajar dari lebih 155 buah negara yang kini sedang menyambung pengajian di Turki.

Pengantarabangsaan yang dijalankan oleh universiti-universiti di Turki merupakan antara langkah kerajaan untuk meningkatkan lagi standard pendidikan di sana seiring dengan penerimaan pelajar antarabangsa.

 

Jikalau anda hendak merasai pengalam yang terhebat dalam mengejar impian anda, maka Turki seharusnya menjadi pilihan utama anda untuk melanjutkan pengajian anda.

Berminat untuk melanjutkan pengajian di Turki tapi tidak tahu cbagaimana caranya? Layari Daulah Educonsult untuk maklumat lebih lanjut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

 

Facebook Comments

32 COMMENTS

  1. saya sedang mencari maklumat untuk menghantar anak untuk mengambil program perubatan di turki. Mohon pihak tuan menghubungi saya.

    • Tuan boleh menghubungi no berikut:

      03 – 9285 1322 ( Pejabat )
      018 – 962 4322 ( Customer Service )
      013 – 209 0322 ( Tuan Syed Fuad )

  2. Saya pelajar lepasan diploma di malaysia dan berminat untuk sambung belajar bidang sejarah di turki,boleh tuan bimbing saya cara-caranya?

    • Kesemua sijil daripada universiti yang di bawah Daulah Educonsult diiktiraf oleh kerajaan Malaysia termasuklah JPA dan MQA

  3. Assalamualaikum, maaf ganggu. Saya berminat untuk sambung degree bagi lepasan stam 2020 di Turki. Macam mana saya nak mohon ya?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here