Selepas beraksi cukup garang menewaskan skuad Brazil, akhirnya Belgium berjaya dijinakkan oleh skuad Perancis setelah ditewaskan dengan jaringan gol 1-0. Kekalahan ini menimbulkan rasa hampa buat ‘generasi emas’ Belgium yang mengharap akan kemenangan mereka.
The Red Devils dibelasah oleh Perancis dengan kekuatan jentera muda yang cukup hebat dari pasukan Perancis. Rembatan jaringan Samule Umtiti berjaya menebus maruah Perancis yang tumbang di halaman sendiri sewaktu saingan akhir Euro 2016.
Hadiah hantaran cantik daripada Antoine Griezmann disambut baik oleh Samuel Umtiti dengan menghadiahkan sepakan penjuru yang cukup padu, kencang dan tepat pada permulaan enam minit babak kedua.
Perancis walaubagaimanapun tidak berhadapan dengan lawan yang mudah untuk ‘dimakan’. Belgium dalam pada itu membuat dua percubaan untuk menerobos gawang gol pihak lawan. Walaubagaimanapun, kedua-duanya berjaya diselamatkan oleh Hugo Lloris selaku penjaga gol Perancis.
Kehadiran Kylian Mbappe merupakan ancaman yang cukup besar bagi skuad Belgium dan kehadirannya memberi amaran buat Kevin De Bruyne untuk lebih berhati-hati. Pemain muda paling mahal dalam sejarah arena bola sepak itu menunjukkan taring berbisa pada 60 saat pertama permainan.
Perancis dilihat semakin mara ke hadapan dengan meluaskan kuasanya menundukkan satu demi satu pasukan pada saingan sebelum ini. Pada awalannya, Perancis telah menghantar skuad Uruguay pulang dengan keputusan 2-0 pada aksi suku akhir.
Uruguay ditewaskan Perancis setelah tonggak penyerangnya, Edinson Cavani tidak dapat diturunkan berikutan kecederaan yang dialaminya.
Untuk perlawanan kali ini, pertahanan Jan Vertonghen tidak mampu menyeat kemaraan Griezmann sebelum dihalang oleh Vincent Kompany.
Walaubagaimanapun, permainan yang dipamerkan pihak Belgium boleh dianggap berbahaya kerana skuad The Red Devil itu banyak mendominasi posisi bola dan senjata utama mereka terletak pada Eden Hazard yang berjaya melakukan cubaan pertama dalam permainan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels