Pada 2 Julai 2018 yang lalu, Syed Saddiq Abdul Rahman, 26 antara salah seorang daripada 13 menteri kabinet baharu telah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Angkat sumpah tersebut meletakkan Syed Saddiq antara menteri yang paling muda dalam sejarah Malaysia sekaligus menggalas tanggungjawab yang lebih berat pada masa akan datang.
Kelayakan beliau menggalas tanggungjawab sebagai menteri dalam usia yang sangat muda mula diragui masyarakat Malaysia apabila baru-baru ini gambar beliau memakai seluar pendek atas paras lutut ketika bersukan tular di media sosial.
Masyarakat berpendapat bahawa walaupun masih muda, Syed Saddiq sepatutnya menjaga etika pemakaian dan menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat sekeliling.
Mereka juga membandingkan pakaian pegawai lain yang turut bersama-sama bersukan pada hari itu yang dilihat jauh lebih sopan berbanding pemakaian menteri muda tersebut.
Kecaman semakin menjadi-jadi apabila ada segelintir masyarakat yang mengaitkan nama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkaitan dengan pemakaiannya yang kurang sopan itu.
Sebelum ini, gambar Syed Saddiq yang menghiasi muka depan majalah Glam lelaki edisi Julai juga menimbulkan kontroversi apabila dianggap kurang sesuai dengan imejnya sebagai menteri.
Namun begitu, ada juga pihak yang menyokong perkara tersebut sedangkan sebelum ini, Khairy Jamaluddin juga pernah menghiasi muka depan majalah Glam ketika memegang jawatan sebagai menteri.
Sebagai menteri sekaligus pemimpin, memang segala tingkah laku seseorang itu akan menjadi perhatian orang ramai. Sabar ya YB, semoga apa yang berlaku dijadikan pengajaran untuk hari yang akan datang.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :