Bola: Brazil Tidak Menepati Ramalan Pulang Awal, Berjaya Mara Ke Suku Akhir

0
841

Setelah beberapa pasukan gergasi seperti Portugal, Argentina, dan Sepanyol telah tersingkir di pringkat kalah mata, ramai yang beranggapan pasukan bola sepak Amerika Selatan, Brazil turut akan mengikut jejak langkah mereka.

Namun, Brazil membuat kejutan apabila melakar kemenangan bergaya 2 berbalas 0 dalam satu aksi perlawanan menentang pasukan Mexico. Dalam aksi kelima pusingan kalah mati yang berlangsung di Samara Arena itu, Brazil menerima tentangan hebat daripada Mexico setelah bertalu-talu diasak.

Bola
Neymar meraikan jaringan pertama pada minit ke-51 (Sumber gambar: standard.co.uk)

Jaringan oleh Neymar Jr pada minit ke 51 memulakan episod duka buat Mexico. Lariannya melepasi beberapa pertahanan Mexico dan terus melayangkan bola kepada penyerang, Wilian sebelum kembali kebali kepada Neymar dan disudahkan untuk jaringan kemenangan Brazil.

Jaringan kedua Brazil hadir pada minir ke-88 oleh Roberto Firmino yang dibantu oleh Neymar telah mengesahkan Brazil ke peringkat suku akhir. Jaringan kedua Brazil itu juga telah memusnahkan impian Mexico untuk beraksi di pentas suku akhir.

BACA JUGA :   Kemasukkan Belajar Sesi Oktober & November Di Kursk State Medical University.
Jaringan kedua oleh Firmino telah melayakkan Brazil ke peringkat suku akhir (Sumber gambar: standard.co.uk)

Aksi Neymar Bikin Panas

Perlawanan malam semalam telah diserikan lagi dengan gelagat Neymar yang menggelupur setelah pergelangan kakinya dipijak oleh pemain tengah Mexico, Miguel Layun. Gelagat Neymar itu telah mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termausk jurulatih Mexico, Juan Carlos.

Menurutnya, lakonan Neymar itu telah membuang masa perlawanan dan juga aksinya memalukan bola sepak. Netizen juga mengecam tindakan Neymar dan menganggap tindakan tersebut sangat ‘kasihan’ dan menyedihkan.

Brazil akan bertemu dengan Belgium pada aksi suku akhir yang akan berlangsung di Arena Kazan, awal pagi Sabtu ini. Belgium mara ke aksi suku akhir apabila menang menentang Jepun dengan dalam satu lagi perlawanan kalah mati.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University, Rusia Tawar Yuran Pengajian Yang Sangat Berpatutan Kepada Pelajar

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here