Seorang anggota penyelamat telah berjaya mengesan dan menyelamatkan seorang budak lelaki bersama ibunya daripada lemas di China. Itu pun selepas anggota penyelamat itu perasan akan keadaan budak tersebut daripada jauh.
Kejadian yang hampir meragut dua nyawa itu dilaporkan berlaku di China, bermula apabila budak lelaki tersebut cuba untuk masuk ke dalam kolam yang dikerumuni orang.
Anggota penyelamat tersebut berjaya mengesan budak lelaki tersebut yang awalnya susah untuk mengekalkan kepalanya di atas air kerana kolam tersebut terlalu dalam dan tak sesuai untuk dia.

Kolam tersebut mempunyai dua bahagian; bahagian yang cetek dan bahagian yang dalam. Ibu mangsa secara tidak sengaja membawa budak tersebut ke bahagian kolam yang dalam menyebabkan ia hampir lemas.
Budak lelaki yang hampir lemas di dalam kolam tersebut juga tidak disedari oleh ramai yang berada di dalam kolam tersebut.
Kejadian itu berjaya dirakamkan melalui sistem rakaman tertutup yang turut merakamkan detik-detik cemas budak lelaki tersebut hampir tenggelam sebelum anggota penyelamat berjaya meraih tangannya.

Pada awal rakaman, jelas menunjukkan budak lelaki tersebut terjun tanpa menyedari kolam tersebut agak dalam dan tidak boleh mengawal badannya dalam air yang dalam itu. Ibu mangsa turut cuba memegang tangan anaknya sebelum gagal mengawal keadaan.

Penyelamat tersebut datang dan meluncur daripada tepi kolam sebelum memegang tangan budak lelaki dan menaikkannya ke tepi kolam. Ibu dan budak lelaki tersbeut dilaporkan selamat.
Pengajarannya di sini, sebelum nak terjun mana-mana kolam, pastikan ia sesuai untuk kita. Kalau tak pandai berenang, bolehlah pilih kolam yng tak berapa nak dalam, sesuai dengan kemampuan kita yang senang ‘tenggelam’ dan tak reti nak berenang.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.