Anda tentu hairan, apa kaitan England kalah perlawanan bola wanita didera bukan? Kajian yang dijalankan oleh Universiti Lancester pada tahun 2013 telah mencatatkan peningkatan kes dera sebanyak 38 peratus apabila England kalah saingan Piala Dunia.
“Data yang dikumpul sempena Piala Dunia 2002, 2006 dan 2010 menunjukkan insiden penderaan meningkat 11 peratus apabila pasukan bola sepak negara itu seri atau menang dalam perlawanan.”-Kes wanita dipukul meningkat setiap kali England kalah beraksi, Nuradilla Noorazam, Astro Awani
Pusat Penderaan Domestik Nasional UK dengan kerjasama agensi pengiklanan telah mengambil inisiatif untuk membuka mata masyarakat tentang realiti sebenar penderaan domestik yang terpaks dilalui oleh kaum wanita. Antara inisiatif yang diambil ialah mengadakan kempen bagi memupuk kesedaran dalam masyarakat.
“Antara kempen yang menarik perhatian adalah dari J. Walter Thompson (JWT) London yang diberi tajuk “If England gets beaten, so will she” (Jika England dikalahkan, begitu juga wanita).”-Kes wanita dipukul meningkat setiap kali England kalah beraksi, Nuradilla Noorazam, Astro Awani
“Ia turut mengunakan frasa ‘The Not So Beautiful Game’ yang diinspirasikan frasa popular yang sering digunakan untuk menghuraikan permainan bola sepak, “It’s a beautiful game”.-Kes wanita dipukul meningkat setiap kali England kalah beraksi, Nuradilla Noorazam, Astro Awani
JWT menggunakan poster sebagai medium utama untuk menyampaikan mesej mengenai penderaan wanita. Poster unik tersebut mempunyai ilustrasi seorang wanita yang menggunakan konsep bendera England menggunakan darah di bahagian hidung.
Tidak terhenti setakat England, JWT juga menghasilkan poster dengan sebahagian anggota badan dilukis mengikut bendera negara-negara lain seperti Jerman, Perancis dan Belgium.
Poster JWT ini bertujuan untuk membina kesedaran dalam kalangan penyokong tentang kes penderaan domestik dalam kalangan wanita.
Kes penderaan dalam kalangan wanita meningkat apabila ramai diantara penyokong mengambil minuman yang memabukkan dan terlibat dalam pertaruhan perlawanan yang menyebabkan kebanyakan daripada mereka hilang pertimbangan dan kewarasan akal.
“Memetik laporan The Independent, Pengarah Kreatif JWT Jo Wallace berkata mereka mahu mencuri perhatian wanita yang selalunya menjadi peneman peminat-peminat bola sepak lelaki menonton perlawanan Piala Dunia.”-Kes wanita dipukul meningkat setiap kali England kalah beraksi, Nuradilla Noorazam, Astro Awani
Diharap dengan berlangsungnya kempen sebegini, kes penderaan terhadap wanita ketika musim perlawanan Piala Dunia dapat dikurangkan dan objektif kempen juga dapat dicapai semaksima yang mungkin.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels