Gopenghagen atau Gopeng merupakan sebuah daerah yang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar negeri Perak. Jika anda pencinta alam sekitar dan dalam ada masa yang sama mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti lasak, dua lokasi ini adalah tempat yang wajib dikunjungi.

#1. Gua Tempurung

Tempurung bukan sebarang tempurung. Bukan tempurung kepala mahupun kelapa, tempurung lutut pun bukan. Gua Tempurung yang berusia hampir 8000 SM ini membolehkan anda menerokai struktur batuan yang menarik.

Nama Gua Tempurung melekat sehingga ke hari ini setelah lima kubah utama di gua ini mempunyai siling yang berbentuk tempurung kelapa.

Anda boleh menyaksikan sendiri stalagmite dan stalaktit yang terbentuk melalui tindak balas kimia pada struktur batu kapur di gua ini.

Kemudahan yang disediakan menjadikan gua ini bersifat mesra pengunjung dengan adanya pencahayaan yang baik dan laluan bertangga serta titi unutk memudahkan pergerakan.

BACA JUGA :   Tarikan Menarik Royal Belum Yang Wajib Anda Terokai

Aktiviti meranduk anak sungai yang berada di bawah gua diiringi oleh Cave Ranger dan mendaki cerun yang mempunyai kecuraman 9 meter dan juga merasai aktiviti water tubing dan water confident.

Apa perbezaan dua aktiviti ini? Water tubing memerlukan pelampung manakala water confident pula menggunakan jaket keselamatan bagi membantu anda mendapatkan keseimbangan dan pengendalian yang baik ketika terapung di sungai.

#2. Sungai Itek

Bagi anda yang inginkan aktiviti air yang cukup ekstrem lagi mendebarkan, anda dipersilakan untuk menjejakkan kaki di Sungai Itek.

Disini dengan aliran airnya yang deras, anda boleh melakukan aktiviti white water rafting. Anda jangan gusar tentang keselamatan kerana anda akan diselia dan dibantu oleh penganjur yang mempunyai lesen bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar.

BACA JUGA :   Lelaki Rohingya 'Kantoi' Cuba Culik Kanak-Kanak Perempuan

Seronok bukan? Anda bukan sahaja dapat berada berdekatan dengan alam semulajadi ciptaan tuhan malah segala tekanan dan stres di tempat kerja juga mampu di hilangkan dengan aktiviti lasak yang cukup mencabar adrenalin.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here