Di Pulau Pinang, sebanyak 13 buah tadika dan beberapa buah taska serta pusat jagaan kanak-kanak diarahkan untuk ditutup sementara selama 10 hari disebabkan penularan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Wan Mansor Hamzah mengatakan bahawa beberapa kelas di dua buah sekolah rendah di George Town juga diarahkan tutup.

Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie.
HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut. Antara gejala penyakit ini ialah demam, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki, serta ulser pada mulut serta lidah.
Penularan penyakit atau virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.
Sehingga semalam, Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 1,679 kes HFMD sejak Januari 2018 iaitu peningkatan sebanyak 56.47 peratus berbanding 1,073 kes bagi tempoh sama tahun lalu. – Kredit: http://www.astroawani.com

EXCO Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Afif Bahardin berkata arahan penutupan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan pihak terbabit membersihkan premis berikutan terdapat kes HFMD.
Perkembangan terbaru, ibu bapa juga diminta agar tidak menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya anak mereka memiliki sImptom-simptom dijangkiti virus berkenaan.

Bagi negeri Johor pula, ia merupakan antara negeri yang merekodkan penyakit HFMD yang tinggi pada tahun lepas dengan 1,505 kes.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata pihak sekolah pula dinasihatkan supaya tidak menerima murid berkenaan bagi mengelakkan murid-murid lain dijangkiti. – Kredit: http://www.astroawani.com
Isu ini merupakan isu yang dipandang serius dan kerajaan meletakkan harapan yang tinggi agar semua pihak, tidak kira sekolah ataupun ibu bapa boleh bekerjasama untuk mengelakkan virus ini daripada terus menular.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels