Seluruh negara dikejutkan dengan ribuan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di beberapa buah negeri di Malaysia. Terbaharu, virus HFMD ini telah dikesan pada pemegang troli membeli belah di beberapa tempat.
Penularan kembali penyakit ini telah mencetuskan sedikit panik kepada warga Malaysia. Jangkitan penyakit ini yang tampak bahaya, namun ia hanya berbahaya dalam beberapa keadaan.
HFMD, apakah puncanya?
Apakah sebenarnya punca penyakit ini? Adakah penyakit ini berbahaya? Adakah sebarang ubat bagi penyakit ini?
HFMD adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada virus Coxsackie (jenis A & B) dan Enterovirus 68-71. Virus-virus ini adalah sejenis virus yang mampu untuk hidup di atas permukaan yang kering dalm tempoh yang lama.
Penyakit ini melibatkan gejala demam dalam kalangan 5 hingga 10 hari yang turut melibatkan gejala ulser di bahagian mulut dan lidah hingga ke lelangit serta ruam melepuh (blisters) di bahagian tangan dan jari.
Selain itu, gejala lain turut boleh terjadi seperti demam, lesu, sakit kepala, cirit-birit, dan sakit perut. Radang selaput otak (meningitis), enkefalitis, paru-paru berair hingga menyebabkan kematian turut berlaku tetapi sangat jarang berlaku.
Penyakit ini sagat mudah berjangkit terutama melalui sentuhan terus kepada cairan badan (hingus, kahak, ludah, nanah, dan air liur) serta melalui laluan oral-najis (oral-fecal).
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus sebenarnya bagi penyakit HFMD ini. Tapi rawatan akan diberikan mengikut gejala yang berlaku.
Sebagai contoh, ubat paracetamol akan diberikan untuk mengurangkan suhu badan aibat demam. Ubat tahan sakit akan diberikan sekiranya ada mana-mana bahagian tubuh yang sakit.
Oleh sebab itu, sekiranya ibu bapa yang anaknya demam lama dan tak kebah-kebah, dan disertai dengan gejala ruam dan ulser, secepatnya bawa anank anda ke hospital secepatnya untuk rawatan lanjut dan mengelakkan jangkitan menular.
Jaga Kebersihan
Kata orang, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Penyakit HFMD ini boleh dicegah dengan beberapa kaedah berbanding jika hendak dirawat.
Disebabkan penyakit ini boleh menular melalui laluan oral-fecal, penjagaan kebersihan haruslah dipentingkan. Segala macam sampah di rumah anda jangan dikumpulkan, buang terus apabila telah penuh.
Sekiranya ada anak anda yang telah dijangkiti penyakit ini, kuarantin seketika rumah anda. Bersihkan rumah anda setiap hari memandangkan virus ini boleh kekal di atas permukaan kering berhari-hari.
Kawalan disinfeksi juga harus selalu dibuat. Lap permainan dengan pembersih pembasmi kuman. Anggota badan seperti tangan perlulah selalu dilap dan disapu dengan pembersih tangan. Ajar anak anda untuk menutup hidung dan mulut apabila bersin dan batuk.
Elakkan perkongsian barangan peribadi seperti tuala, baju, dan lain-lain bagi mengurangkan penularan jangkitan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.