Meskipun kerajaan kini menjanjikan pemansuhan kesemua tol di Malaysia menjelang 100 hari selepas kemenangan Pakatan Harapan, namun mungkin manifesto tersebut mungkin lambat dirasai oleh rakyat Malaysia berdasarkan kenyataan daripada Timbalan Menteri Kerja Raya .
Timbalan Menteri Kerja Raya, Anuar Tahir mengatakan bahawa pemansuhan tol di Malaysia mungkin akan mengambil masa yang elbih lama kerana memerlukan kajian yang lebih mendalam meskipun ia merupakan salah satu Janji 100 Hari Manifesto Pakatan Harapan.
Pemansuhan ini akan dlakukan secara berstruktur kerana ia perbincangan bersama konsensi pemegang tol di lebuh raya utama di Malaysia.
Kesukaran untuk memansuhkan tol ini juga diakibatkan kerajaan mempunyai keutamaan monetari untuk diberi perhatian buat masa sekarang.
Selain daripada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan turut melakukan kajian bersama untuk memastikan manifesto pemansuhan tol ini boleh dilakukan. Pemansuhan secara berperingkat ini adalah untuk menjaga kepentingan pihak lain.
Katanya lagi, pemansuhan tol masih menjadi keutamaan bagi menjamin kesenangan rakyat yang terpaksa membayar tol bagi melalui beberapa lebuh raya utama. Walau bagaimana pun, usaha bagi memansuhkan tol ini tetap perlu dilakukan dengan cermat dan mengambil kira pelbagai perkara lagi.
Tambahnya lagi, antara perkara lain yang perlu diambil kira dalam pemansuhan tol ini adalah nasib pekerja yang bakal kehilangan kerja sebaik pemansuhan tol ini dilaksanakan. Disebabkan itulah, perbincangan lanjut adalah sangat perlu bagi mengatasi seperti ini.
Sebelum ini, manisfesto kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini yang mneyatakan mengenai pemansuhan kesemua tol di semenanjung Malaysia. Manisfesto ini paling banyak dituntut oleh rakyat.
Kerajaan Pakatan Harapan mengatakan bahawa ada antara pelaksanaan beberapa manifesto mugkin sukar untuk dilakukan kerana kekurangan data yang membolehka mereka untuk merangka manifesto yang mantap.